Galakan Pengurangan Pengambilan Gula @NajibRazak - pakdin.my

Galakan Pengurangan Pengambilan Gula

Kerajaan yang bertanggungjawab akan sentiasa melakukan perkara yang betul dan bercakap benar kepada rakyat.

Itu tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berhubung keputusan kerajaan memansuhkan subsidi gula berkuatkuasa hari ini.

Datuk Seri Mohd Najib mengumumkan pemansuhan subsidi gula sebanyak 34 sen ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat semalam.

Langkah itu bertujuan mengurangkan pengambilan gula dalam kalangan rakyat sejajar dengan amalan gaya hidup sihat.

Menurut Perdana Menteri, langkah itu sebenarnya baik selain subsidi gula adalah membazir dan usaha untuk merasionalkan subsidi penting bagi negara.

Bagaimanapun katanya, pembangkang akan mengambil kesempatan menentang langkah itu dengan memberi fakta silap berulang kali sehingga rakyat terpedaya dengan pembohongan mereka.

 

UTAMAGalakan Pengurangan Pengambilan Gula @NajibRazak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium