GALAS: KELULUSAN DAN KITAR SEMULA - pakdin.my

20101020-prk-galas
Gua Musang 26 October 2010. Calon Barisan Nasional (BN), Abdul Aziz Yusoff bersama calon Pas, Dr. Zulkifli Mohammad mengangkat tangan selepas penaman calon, di Pejabat Tanah Jajahan, Gua Musang, pada pilihan raya kecil Dun, Galas.

MyKMU.net

Laman-laman blog pro pembangkang rata-rata mempertikaikan kelulusan SPM yang dimiliki oleh calon BN bagi pilihanraya Galas, bakal YB Abdul Aziz Yusuf dibandingkan dengan calon mereka yang berkelulusan Ijazah Perubatan dan bergelar doktor.

Penulis memetik tulisan daripada blog pembangkang seperti dibawah:-

Di Thailand syarat utama untuk menjadi wakil rakyat haruslah mempunyai sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda dari mana-mana universiti. Samada UMNO ketandusan calon ataupun mereka tidak menhormati pengundi Galas dengan mencalunkan seseorang yang memiliki kelulusan akademik yang rendah? Bikin malu nama Malaysia aje. Lainlah kalau orang Kelantan mahu pemimpin mereka yang lulus SPM aje.

Aii…sejak bila yang PAS memandang soal kelulusan ini sebagai kayu ukur nak meletakkan calon?  Tahun lepas dalam pilihanraya kecil Manek Urai (pun dikelantan) calon PAS, Fauzi Abdullah, bukan setakat tiada SPM malah tiada apa pendidikkan formal yang melayakkannya untuk menjawat waima jawatan kerani pun.  Nasibnya baik sebab berjaya jadi Bendahari kawasan PAS maka dicalonkan untuk menjadi YB di kawasan tersebut, tak lupa pandai memborong ikan.

Belum lagi kita bercakap soal Mahfuz.  Rata-rata yang membaca komen-komen Mahfuz mengenai hal-hal yang ‘educated’ sifatnya pasti tidak boleh mengelak daripada tersenyum sendiri apabila mengingatkan tahap kelulusannya.  Sekurang-kurangnya, calon BN di Galas ada juga SPM, yang Mahfuz takat SRP saja, kenapa tiada dalam PAS yang bising?

Itupun Mahfuz masih nak tunjuk pandai memberi ulasan, contoh dalam kes Budget 2011 tempoh hari.  Punya banyak yang disebut Perdana Menteri, part seluar dalam itu juga yang nak diulas dan disentuhnya.  Wartawan pun perlukan hiburan juga, sebab itu depa ambik masa mendengar apa lucu keluar daripada mulut Mahfuz.

Budak-budak muda hari ini ramai dah tak dengar SRP sebab zaman mereka SRP dah dihapuskan dan diganti dengan PMR.  Kalaua nak tahu, SRP ini lebih sikit daripada penilaian darjah 5 atau UPSR sajalah, dengan kalau tak lulus beberapa subjek teras, tidak akan berjaya untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan 4.

Jadi sebelum nak menghina taraf kelulusan calon BN di Galas, PAS elok cerminkan diri sendiri dulu.  Yang penting kepada rakyat di Galas ialah memberi khidmat dan pengalaman calon BN sebagai Pengurus KESEDAR, sudah cukup membuktikan kebolehannya.

Kata Datuk Seri Rais, calon PAS dalam pilihanraya kecil kali ini juga adalah hasil kitar semula tapi pembangkang kata BN juga pernah calon TS Isa yang lebih kurang kitar semula juga  Ya, BN juga pernah calonkan semula Tan Sri Isa Samad di Bagan Pinang tapi TS Isa belum pernah tewas sepanjang karier politiknya dibanding dengan calon PAS di Galas yang tak pernah menang.

PAS juga katanya janji nak letakkan calon dikalangan orang asli, akhirnya yang dah kalah berulang kali tu juga yang dicalonkan semula.  Bab berjanji untuk dapat populariti PASlah jaguh, tapi akhirnya yang dah ditolak berulang kali juga jadi pilihan.  Jadi mana dia benarnya yang PAS berani keluar dari kepompong Islamnya dan bersedia berjuang untuk semua (PAS For All)?

Dari segi kredebiliti calon, dulu PAS juga yang perlekeh jasa Tun Dr Mahathir dan Klinik Mahanya, kenapa kali ini PAS nak menggunakan pelaris sama dengan menjadikan karier perubatan Dr Zulkefli Mohamad sebagai sebab kenapa dia perlu dipilih sebagai YB?

Kesimpulannya, kita WAJIB menolak PAS, parti yang tiada etika dalam perjuangan, juga tiada konsistensi.

Undilah BN!!

UTAMAPILIHAN RAYAGALAS: KELULUSAN DAN KITAR SEMULA

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium