Galaxy Note 7 tak boleh diguna dalam Maswings - pakdin.my

samsung-galaxy-note7-meletup.jpg

Maswings Sdn Bhd, milik penuh Malaysia Airlines, melarang penumpangnya menggunakan telefon bimbit Samsung Galaxy Note 7 semasa dalam penerbangan atas sebab keselamatan.

Maswings berkata penumpang tidak dibenarkan memasang atau mengecaj telefon model itu ketika dalam penerbangan berkuat kuasa serta-merta.

“Peranti itu juga tidak dibenarkan disimpan di dalam bagasi yang telah dibuat pemeriksaan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad, yang turut menjelaskan bahawa syarikat penerbangan itu juga tidak akan memenuhi permintan bagi penghantaran kargo melibatkan peranti itu.

Maswings mengikut langkah syarikat penerbangan utama lain seperti Singapore Airlines, Qantas, Virgin Airlines dan Etihad Airways selepas beberapa unit bateri telefon pintar itu dilaporkan meletup, yang sesamsung kali gus mendorong Samsung menggantung penjualan telefon model itu.

Maswings beroperasi di Sarawak, Sabah dan Indonesia, termasuk bagi Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS).

UTAMAGalaxy Note 7 tak boleh diguna dalam Maswings

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium