Gambar Lelaki Berjudi Mirip Adun DAP Viral Di Media Sosial - pakdin.my

Adun DAP berjudi di pejabat parti

Beberapa keping gambar seorang lelaki yang didakwa mirip Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP-Selangor terlibat dalam aktiviti perjudian dengan sebuah kumpulan lelaki semasa Tahun Baru Cina, tersebar menjadi viral di media sosial.

 

 

Gambar-gambar berkenaan, dipercayai diambil menggunakan telefon bimbit, menunjukkan seorang lelaki dengan bajunya tidak dibutangkan sedang mengedarkan kad poker kepada beberapa lelaki lain di sebuah meja.

Terdapat kad permainan beserta wang tunai di atas meja itu.

Ketika dihubungi oleh sebuah akhbar berbahasa Cina, Adun terebut mengakui telah melihat gambar tersebut tetapi enggan memberikan komen.

Pengurusan Jawatankuasa Disiplin DAP, Tan Kok Wai berkata, aktiviti perjudian tidak sepatutnya dilakukan di mana-mana pejabat parti itu.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas sama ada parti tersebut turut melarang ahlinya daripada terlibat dalam aktiviti perjudian, sambil mengatakan bahawa belum melihat gambar-gambar yang tersebar di media sosial itu.

UTAMABERITAGambar Lelaki Berjudi Mirip Adun DAP Viral Di Media Sosial

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium