Gambar tular bukan usaha lompat parti tetapi untuk selamatkan UMNO daripada diharamkan - pakdin.my

Tidak sampai 24 jam pemimpin UMNO Sabah umum keluar parti, kini tersebar pula beberapa foto di laman media sosial memperlihatkan beberapa Ahli-Ahli Majlis Tertinggi UMNO bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Disaat pemimpin tertinggi UMNO berusaha mencari dalang di sebalik insiden yang memalukan di Sabah, termasuk menuduh bekas Naib Presidennya, Datuk Seri Hishamuddin Hussein sebagai bertanggungjawab, kini tohmahan pula berjangkit kepada Datuk Seri Mohamad Hasan, Timbalan Presidennya.

Foto-foto yang tersebar itu menunjukkan Mohamad atau lebih mesra dipanggil Tok Mat bersama Tan Sri Noh Omar, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Datuk Seri Shahidan Kassim.

Penularan gambar-gambar itu menimbulkan spekulasi kononnya kunjungan pemimpin-pemimpin UMNO itu sedang mengatur strategi untuk menarik Ahli-Ahli Parlimen keluar parti.

Namun, dakwaan tersebut ternyata tidak tepat dan satu pembohongan.

Berdasarkan sumber gambar tersebut telah dirakam sebelum Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson dan ia adalah jemputan makan malam daripada Dr Mahathir sendiri ke rumahnya.

Kata sumber lagi, perjumpaan tertutup itu semata-mata untuk mencari jalan penyelesaian serta menolak daripada sebarang usaha untuk mengharamkan UMNO.

UTAMAPOLITIKGambar tular bukan usaha lompat parti tetapi untuk selamatkan UMNO daripada diharamkan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium