Gangguan Bekalan Air Dijangka Pulih Sepenuhnya Malam Ini - pakdin.my

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menjangkakan gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Lembah Klang ekoran kerja-kerja penyenggaraan di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 pulih sepenuhnya pukul 8 malam Khamis.

Pengarah Eksekutif Bahagian Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas Abdul Halem Mat Som berkata kesemua pam di LRA telah mula beroperasi dan bekalan air mula disalurkan ke kolam-kolam utama sejak pukul 8 malam tadi.

“Pagi tadi semua kolam utama SYABAS telah mula stabil dan kebanyakan kawasan yang terlibat telah mula menerima bekalan air seperti biasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Namun beberapa kawasan sekitar Klang seperti Kampung Delik, Sungai Udang, Kampung Sungai Bertik, Jalan Yadi dan Kampung Idaman masih belum pulih.

Sejumlah 153 kawasan di Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air berjadual ekoran kerja-kerja penyenggaraan loji tersebut bermula pagi semalam.

Abdul Halem berkata mereka yang memerlukan bantuan bekalan air menerusi lori tangki boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol, 1-800-88-5252.

UTAMABERITAGangguan Bekalan Air Dijangka Pulih Sepenuhnya Malam Ini

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium