30.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 31, 2020

Gangguan Bekalan Air: Sebahagian Pengguna Mungkin Tidak Hadapi Masalah

Ganguan Bekalan Air Di Selangor Dan Ibu Negara

Ganguan Bekalan Air Di Selangor Dan Ibu Negara

Sebahagian penduduk Lembah Klang tidak akan mengalami masalah semasa gangguan bekalan air berikutan kerja penyelenggaraan selama 13 jam pada Selasa di loji rawatan air 2 Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2 ) oleh Puncak Niaga Sdn Bhd sekiranya mereka tinggal berdekatan dengan takungan air atau terletak di kawasan rendah.

“Terdapat pengguna yang ‘terjejas’ mungkin langsung tidak menghadapi sebarang gangguan,” Penolong Pengurus Besar Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Priscilla Alfred.

Beliau turut menjelaskan bahawa pemulihan bekalan air itu bergantung kepada kedudukan geografi kawasan yang terjejas.

“Bekalan air dijangka kembali pulih seperti biasa dengan lebih cepat bagi mereka yang tinggal berdekatan dengan takungan air atau di kawasan rendah,” katanya.

Beliau berkata, terdapat bekalan air yang mencukupi dalam takungan air untuk disalurkan kepada pengguna bagi kegunaan normal sepanjang kerja-kerja penyelenggaraan selama 13 jam bermula Selasa di SSP2.

Sebahagian SSP2 ditutup dari pukul 8 pagi sehingga 9 malam bagi bagi menggantikan papan suis, pembaikan paip dan penggantian suis injap, dan tambahan pekerja dilaksanakan untuk mempercepatkan kerja-kerja penyelenggaraan.

“Bekalan air akan pulih secara berperingkat-peringkat dari pukul 9 malam Selasa sehingga 8 pagi Ahad.

“Pengguna di Kuala Lumpur dan Selangor dinasihatkan supaya menggunakan air secara berhemat,” tambah beliau.

Bagi mendapatkan senarai penuh kawasan yang terjejas dan terkini mengenai gangguan, layari laman web www.syabas.com.my , www.facebook.com / PUSPEL dan laman sosial Twitter atau menghubungi talian bebas tol 1800-88-5252.

Berita Berkaitan

BNM ada ruang turunkan lagi kadar faedah

Bank Negara Malaysia (BNM) masih mempunyai ruang untuk sekali lagi menurunkan kadar dasar semalaman...

Kenyataan Macron: Mahathir kena fokus kepada individu bukan serang negara & bangsa kata Najib

Bukanlah nak defend sangat tapi saya rasa dunia patut bertenang dan membaca kenyataan Tun...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

Siapa di belakang portal MalaysiaNow

Nama seperti Malaysiakini, Malaysia Today, Malaysia Insight memang sudah dikenali. Sekarang timbul nama baru, MalaysiaNow....

Komen

..