Gani Patail Ada Hak Cabar Penamatan Perkhidmatan Di Mahkamah - pakdin.my

ghani-patail-ag

Tan Sri Abdul Gani Patail boleh mencabar penamatan perkhidmatan beliau sebagai peguam negara di mahkamah, jelas Presiden Majlis Peguam, Steven Thiru.

Menurutnya, jika Abdul Gani ingin mencabar keputusan itu di mahkamah, ia tidak akan mengganggu perkhidmatan peguam negara ketika ini.

“Sebagai soal kepentingan awam, ya, ia boleh ditentukan oleh mahkamah. Peguam negara ketika ini boleh meneruskan tugasnya,” katanya kepada pemberita di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada Jumaat.

Steven berkata demikian bagi mengulas mengenai pelantikan Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai peguam negara yang baru bagi menggantikan Abdul Gani.

Steven memberitahu, sebagai anggota kepada perkhidmatan undang-undang dan kehakiman, Abdul Gani perlu diberi peluang untuk mengemukakan laporan kesihatan untuk mengetahui statusnya.

Memetik Perkara 135, Perlembagaan Persekutuan, Steven menjelaskan, hak seseorang penjawat awam perlu didengari terlebih dahulu sebelum dibuang kerja atau diturunkan pangkat.

UTAMAGani Patail Ada Hak Cabar Penamatan Perkhidmatan Di Mahkamah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium