Gantung Diri Kerana Gagal Ke Universiti Luar Negara - pakdin.my

Kecewa hasrat mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara tidak kesampaian, seorang pelajar bertindak nekad bunuh diri.

Mayat Arizona Tan ditemui tergantung di bilik tidur rumahnya di Lebuh McCallum, George Town.

Pelajar tingkatan enam rendah itu dikatakan murung sejak kebelakangan ini.

Dia antara pelajar pintar dan memperoleh 7A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, SPM tahun lalu.

Cita-citanya mahu melanjutkan pelajaran di universiti terkemuka di Jepun ada diluahkan kepada keluarganya namun tidak dapat dipenuhi kerana masalah kewangan.

Kecewa dengan situasi itu, Arizona tidak hadir ke sekolah Rabu lalu dan bertindak mengurung diri dalam bilik tidurnya sejak jam tiga petang semalam.

Sekitar jam 9 malam semalam, anggota keluarganya yang curiga bertindak memecahkan pintu bilik dan menemui mangsa dalam keadaan tergantung.

Siasatan awal pihak polis mendapati pelajar berkenaan telah meninggal dunia enam jam sebelum mayatnya ditemui.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

UTAMABERITAGantung Diri Kerana Gagal Ke Universiti Luar Negara

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium