30.8 C
Kuala Lumpur
Monday, October 26, 2020

Gantung parlimen untuk kestabilan negara, kata Presiden MIC

Presiden MIC SA Vigneswaran hari ini mencadangkan supaya Parlimen digantung bagi membolehkan kerajaan memerangi pandemik Covid-19.

Ia juga akan membantu kerajaan memulihkan semula ekonomi dan mewujudkan kestabilan politik, kata beliau dalam kenyataan.

Beliau turut berkata, Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan menyatakan “Yang di-Pertuan Agong boleh menggantung atau membubarkan Parlimen”.

Vigneswaran berkata, menggantung Parlimen adalah “cara paling selamat untuk mengekalkan ketenteraman awam, kelangsungan ekonomi dan kestabilan politik”.

Bekas Yang di-Pertua Dewan Negara itu berkata: “Semasa pelaksanaan penggantungan itu, sidang Parlimen akan ditangguhkan dan hal ehwal negara akan terus diurus dan dijalankan oleh kerajaan sedia ada.”

Beliau berkata, itu antara pilihan terbaik kepada negara buat masa ini. Mengadakan pilihan raya buat masa ini adalah perkara buruk kerana bilangan kes Covid-19 akan meningkat, katanya merujuk kepada peningkatan jangkitan susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini.

Menggantung Parlimen, katanya, akan menjadi penyelesaian terbaik kerana ia membolehkan pihak berkuasa mengekang peningkatan kes Covid-19 dan memastikan tiada “pergolakan politik” berlaku.

Beliau tidak menjelaskan lebih lanjut apa dimaksudkannya “pergolakan politik” itu.

Semalam, Presiden PKR Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Agong dan mempersembahkan dokumen untuk menunjukkan beliau mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen bagi membentuk kerajaan baharu.

Vigneswaran berkata: “Penggantungan Parlimen boleh ditamatkan sekiranya ia disahkan oleh pihak berkuasa kesihatan bahawa pandemik telah berkurangan secara stabil, atau dalam perkataan lain, keadaan selamat untuk mengadakan pilihan raya.

“Jadi, sila beringat ini kali pertama negara kita menghadapi pandemik global yang berlarutan sejak awal 2020 dan ia mengorbankan nyawa dan kehidupan rakyat setiap hari pada tahap membimbangkan, wajar kita melaksanakan penyelesaian bersejarah.”

Berita Berkaitan

Ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini

Ahli-ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan darurat...

Muhyiddin jumpa presiden parti pro-PN, Zahid tak hadir

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan semua presiden parti yang menyokong Kerajaan Perikatan...

Perubahan Besar Berlaku Esok, Kata Shahidan

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Shahidan Kassim membayangkan satu perubahan...

YDP Agong Tolak Darurat, Shahrir Sindir Muhyiddin

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengalami kekalahan moral apabila nasihatnya ditolak Yang di-...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,358PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan