30.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 22, 2020

Garis Panduan Sambut Tahun Baru Cina Di Kedah Gugat Hak Bukan Islam – Soi Lek

2013_snake_yearIPOH: Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyifatkan garis panduan kerajaan PAS Kedah mengenai sambutan Tahun Baru Cina, sebagai menggugat serta menghakis hak dan kebebasan golongan bukan Islam di negeri itu.

Beliau berkata garis panduan dikeluarkan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah pada 9 Januari lepas antaranya melibatkan aspek pemakaian, nyanyian dan tarian, dilihat bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Katanya MCA berpendapat isu tersebut bukan sesuatu yang remeh kerana ia berkaitan dengan sikap menghormati perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan hak golongan bukan Islam.

“DAP akan katakan ini adalah isu remeh…apabila kita katakan ia adalah kembiri politik, ia adalah betul dan berpatutan tapi dia (DAP) senyap sahaja dan untuk mengelirukan rakyat, DAP akan sentiasa timbulkan isu-isu lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis ulang tahun MCA Perak ke-64 di sini, Ahad.

Beliau berkata demikian merujuk kepada garis panduan mengenai penganjuran program ‘1Malaysia Sambutan Tahun Baru Cina 2013’ yang akan berlangsung di Star Walk Alor Setar, Kedah, pada 15 Februari depan.

Garis panduan itu antara lain menggariskan cara pemakaian pegawai dan artis yang terlibat hendaklah bersopan, tidak menjolok mata, artis digalakkan membuat persembahan nyanyian dan lagu berunsurkan ketuhanan atau nasihat dan tidak melalaikan serta melampau dan jika berlaku nyanyian dan tarian yang melampau, pihak kerajaan berhak memberhentikan program yang dijalankan dengan serta merta.

Dr Chua berharap masyarakat Cina tidak menyokong perjuangan DAP kerana parti itu sering menyebabkan masyarakat itu berbalah selain mempengaruhi mereka untuk mengundi PAS dan sekali gus menyokong garis panduan yang menggugat kebebasan golongan bukan Islam.

Katanya pakatan pembangkang tidak mempunyai masa depan kerana mereka sanggup menjadikan rakyat sebagai mangsa demi kepentingan politik selain tiada strategi membangunkan negara malah menimbulkan isu dan demonstrasi.

“Kalau kita undi Barisan Nasional (BN) kita ada kepastian Perdana Menteri adalah Datuk Seri Najib Tun Razak, kita ada kepastian kestabilan politik, sosial, ekonomi, agama.

“Kita ada kepastian yang mana setiap tahun ada pembangunan, kadar pertumbuhan yang memuaskan, negara membangun ke arah mencapai pendapatan tinggi, kebebasan kita tidak tergugat atau terancam,” katanya.

Sementara itu, beliau turut mengingatkan golongan petani di Perak agar tidak terpedaya dengan pembohongan pembangkang yang hanya pandai menabur janji manis untuk menyelesaikan isu permohonan tanah.

“Mereka (pembangkang) buta huruf dari segi selok belok dan kesulitan tanah. Kita akan terus bantu 1,500 petani di negeri ini yang memohon tanah tanpa ugutan dan tanpa menabur janji-janji manis yang tidak dapat ditunaikan,” katanya.

Katanya MCA membantu 1,150 petani daripada pelbagai kaum di negeri itu menyelesaikan permohonan tanah melibatkan keluasan hampir 4,000 hektar.






Berita Berkaitan

Laporan Presiden UMNO ‘U-turn’ tidak benar

Laporan sebuah portal mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertindak ‘U-turn”...

UMNO Gesa Gencatan Politik, Fokus Sepenuhnya Agenda Bantu Rakyat – Ahmad Zahid

Umno hari ini mengumumkan “gencatan politik” bagi memastikan agenda menangani Covid-19 dan membantu rakyat...

Kamulah punca sistem negara ini rosak, kata Ramkarpal kepada Mahathir

Ahli Parlimen Bukit Gelugor dari DAP Ramkarpal Singh menyatakan kekesalannya bekerjasama dengan Dr Mahathir...

Azmin dan Hamzah Zainudin katak lompat yang gila kuasa, kata MT Umno

Anggota Majlis Tertinggi Umno menyindir dua pemimpin kanan Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan