#Gaza: Serangan Darat Rejim Zionis – Penduduk Cemas Melarikan Diri (video) - pakdin.my

serangan-darat-rejim-zionis

Ketika tumpuan dunia terarah kepada tragedi MH17, makin hebat pencerobohan Israel ke atas bumi Gaza.

Operasi darat tentera rejim yang diperluaskan sekitar pinggir Gaza City, menyaksikan ratusan penduduk Palestin, cemas melarikan diri.

Ada yang melihat mayat terdampar di jalan raya, tetapi sukar dihampiri unit ambulans.

Awal pagi, siri dentuman menggegarkan bumi Gaza disertai cahaya bedilan memenuhi ruang udara, ketika jet pejuang Israel terbang rendah di kawasan padat penduduk.

Seperti mana sebelum ini, laungan azan turut kedengaran.

Membawa ke waktu siang, ruang udara Gaza seakan diselimuti jerebu.

Asap kesan bedilan dengan serangan yang berterusan mencerminkan kegawatan perang yang semakin menghimpit bumi Palestin ini.

Apabila keadaan agak reda, kesempatan diambil oleh sejumlah penduduk Palestin untuk bergegas keluar membawa ahli keluarga.

Ada yang menjadikan pedati sebagai pengangkutan untuk bergerak mencari kawasan selamat.

Namun timbul persoalan, wujud lagikah tempat selamat di bumi Gaza ini.

Sejak krisis Hamas-Israel meletus hampir dua minggu lalu, lebih 50,000 penduduk Palestin telah melarikan diri ke pusat-pusat perlindungan PBB.

Perkara ini dimaklumkan Agensi Pelarian PBB Untuk Penduduk Palestin, UNRWA.

 

UTAMADUNIA#Gaza: Serangan Darat Rejim Zionis - Penduduk Cemas Melarikan Diri (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium