Geely bakal menjadi pemegang saham terbesar Daimler – Bild - pakdin.my

Setelah beli 49% Proton, Geely beli Mercedes pulak.

Jerman jual negara kepada China.

——————–

Zhejiang Geely Holding Group, pemilik Volvo dan rakan kongsi asing Proton, merancang untuk mengambil kepentingan utama dalam Daimler, pembuat Mercedes-Benz. Ini dilaporkan oleh Bild am Sonntag, edisi hujung minggu akhbar harian Bild Jerman, menurut sumber. Geely juga bakal menjadi pemegang saham terbesar Daimler, kata laporan itu.

Sumber Bild berkata pada November tahun lalu bahawa Daimler menolak tawaran daripada Geely untuk mengambil kepentingan sehingga 5% melalui penempatan saham diskaun. Pembuat kereta Jerman itu bagaimanapun berkata bahawa Geely dialu-alukan untuk memiliki saham di pasaran terbuka. Menurut laporan awal minggu ini, Geely telah melakukannya, dan pembelian saham sebanyak 5% dijangka akan diumumkan tidak lama lagi.

Antara pemegang saham terbesar Daimler ialah Blackrock, yang melaporkan ia memegang saham 5.95% pada 15 Nov; Kuwait Investment Authority dengan pegangan 5.33%; dan Renault-Nissan alliance dengan 3.1%, menurut laman web pengawal Jerman BaFin.


Rujukan:
https://paultan.org/2018/02/07/geely-could-be-daimlers-biggest-shareholder-bild/

UTAMAEKONOMIGeely bakal menjadi pemegang saham terbesar Daimler - Bild

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium