Statistik Corona

Malaysia
2,431,716
Confirmed
Updated on October 25, 2021 17:32 5:32 pm
Malaysia
2,327,369
Recovered
Updated on October 25, 2021 17:32 5:32 pm
Malaysia
75,947
Active
Updated on October 25, 2021 17:32 5:32 pm
Malaysia
28,400
Deaths
Updated on October 25, 2021 17:32 5:32 pm

Malaysia

Malaysia
2,431,716
Confirmed
Updated on October 25, 2021 17:32 5:32 pm
Malaysia
2,327,369
Recovered
Updated on October 25, 2021 17:32 5:32 pm
Malaysia
28,400
Deaths
Updated on October 25, 2021 17:32 5:32 pm

Indonesia

Indonesia
4,240,019
Confirmed
Updated on October 25, 2021 17:32 5:32 pm
Indonesia
4,082,454
Recovered
Updated on October 25, 2021 17:32 5:32 pm
Indonesia
143,205
Deaths
Updated on October 25, 2021 17:32 5:32 pm

Thailand

Thailand
1,859,157
Confirmed
Updated on October 25, 2021 17:32 5:32 pm
Thailand
1,740,316
Recovered
Updated on October 25, 2021 17:32 5:32 pm
Thailand
18,799
Deaths
Updated on October 25, 2021 17:32 5:32 pm

Global

All countries
244,510,378
Confirmed
Updated on October 25, 2021 17:32 5:32 pm
All countries
219,798,124
Recovered
Updated on October 25, 2021 17:32 5:32 pm
All countries
4,965,596
Deaths
Updated on October 25, 2021 17:32 5:32 pm

Gelagat biadap ahli Comango cetus kecoh depan mahkamah

alkitab-provokasi-comango

Sesiapa sahaja orang Islam yang hadir dan berkumpul berkumpul menunggu keputusan rayuan gereja berhubung penggunaan kalimah Allah di Istana Kehakiman, Putrajaya, Rabu  terpaksa menahan sabar melihat gelagat lebih kurang 20 orang ahli Comango bikin provokasi. .

Nyaris kejadian tidak diingini berlaku jika pihak berkuasa tidak menghalang orang ramai dengan menasihatkan mereka supaya berkumpul secara aman dan tidak menimbulkan kekecohan.

Walaupun, kejadian itu tidak lama tapi cukup memanaskan keadaan sehingga ada yang dibaling botol.

Ribuan umat Islam yang berkumpul bersolat hajat, membaca yassin dan mendengar ceramah di depan Istana Kehakiman tiba-tiba bangun dan mara sedikit  ke arah pintu masuk lobi mahkamah sambil melaungkan takbir.

Mereka bertindak demikian dipercayai selepas melihat kumpulan Comango terbabit yang ada diantara mereka memakai baju tertera kalimah Allah Rabb Al Alamin memberikan bunga kepada paderi-paderi yang hadir ke mahkamah.

Kumpulan umat Islam itu berang kerana ahli Comango berada di kawasan lobi sedangkan mereka berhimpun di luar menyebabkan ada diantara mereka mahu masuk juga ke lobi dan berlaku rempuhan dan tolak menolak.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin umat Islam yang berada di situ cuba menenangkan keadaan sebelum ada lontaran objek dari individu tidak dikenali ke arah pintu masuk mahkamah.

Ketika kejadian seorang petugas media turut terkena mikrofon dipercayai dibaling oleh individu tidak dikenali.

Wartawan terbabit, Siti Azielah Wahi berkata, kejadian itu berlaku ketika dia sedang menunggu di pintu masuk Istana Kehakiman dan sedang membuat liputan.

Menurutnya, mikrofon yang dibaling itu terkena pada bahagian muka, namun dia tidak mengalami kecederaan.

Polis bagaimanapun berjaya mengawal keadaan.

Sebelum itu, seorang dari dari kumpulan tersebut yang menyokong kalimah Allah untuk penganut Kristian, Siti Kassim menyifatkan orang Melayu dan umat Islam seperti lembu kerana mematuhi serta percaya kepada ajaran agama yang dibawa oleh alim ulama Islam terutama berkaitan penggunaan kalimah Allah.

Katanya, kalimah Allah bukan untuk orang Islam sahaja, ia untuk semua umat dan makhluk yang dicipta Allah.

“Kenapa orang Melayu dan orang Islam jadi macam lembu? Nak tahu ajaran Islam yang sebenar mereka kena rujuk dan baca al-Quran, bukan dengar daripada orang yang kononnya alim.

“Saya datang ke sini atas nama agama Islam…saya tidak setuju dengan kumpulan yang datang membantah penganut Kristian menggunakan kalimah Allah ini.

“Ada orang tuduh saya sudah murtad.. siapa anda hendak menuduh seseorang itu murtad atau tidak. Hanya Allah yang akan menentukan, bukan kita, manusia,” kata kepada media di perkarangan kompleks Mahkamah Persekutuan.

Beliau yang mengaku bernama Siti Kassim yang memakai t-shirt hitam tertulis ‘Allah sekelian alam’ berkata, beliau tidak setuju dengan tindakan NGO Islam membantah penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

“Siapa mereka nak menghukum? Semuanya biar Tuhan yang tentukan,” katanya yang kemudian didatangi seorang aktivis Islam menegurnya kerana membuat provokasi dalam kelompok penyokong NGO Islam.

Siti Kassim yang enggan berganjak dan mahu berdebat dengan aktivis berkenaan diarahkan seorang anggota polis supaya tidak menghampiri kumpulan NGO Islam bagi menggelak berlaku ketegangan

Berkaitan

Melaka memilih

spot_img

PENAMAAN CALON: 8 NOV 2021
PENGUNDIAN AWAL: 18 NOV 2021
PENGUNDIAN: 20 NOV 2021