Gelagat kucing tarik perhatian ketika kawatan @NajibRazak di jeti LKIM Langkawi - pakdin.my

najib-razak-kucing-jeti-lkim-langkawi

LANGKAWI  – Gelagat seekor kucing yang menyusup lalu melarikan seekor ikan sewaktu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan tinjauan di Jeti Pendaratan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sungai Chenang hari ini menarik perhatian ramai.

Kucing tersebut yang secara tiba-tiba berada di tepi Najib telah melarikan seekor ikan lalu tanpa sengaja menjatuhkan ikan tersebut berhampiran kaki Perdana Menteri.

Najib kemudian dilihat mengambil ikan itu dan memberikannya semula kepada ku­cing berkenaan.

Selepas insiden mencuit hati itu, Najib meneruskan sesi tinjauan dan beramah mesra bersama-sama lebih 200 warga nelayan di jeti tersebut.

UTAMAGelagat kucing tarik perhatian ketika kawatan @NajibRazak di jeti LKIM Langkawi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium