GELAR BR1M RASUAH : AZMIN HINA 1 JUTA PENERIMA BR1M DI SELANGOR - pakdin.my

BAGAIKAN ‘terlebih sudu dari kuah’, begitulah gaya Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali dalam memberi respon kepada isu BR1M adalah rasuah.

Sudah 5 hari, Presiden parti PPBM, Muhyiddin pun masih membisu tentang pendiriannya berkaitan BR1M. Dulu Muhyiddin pernah kata BR1M bukan rasuah dalam satu program ketika menyampaikan BR1M pada 2014.

Pada 29 Disember 2016, Azmin antara satu-satunya pemimpin pembangkang yang bersetuju bahawa BR1M salah disisi agama serta undang-undang negara, seperti yang disebutkan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Muhyiddin Yassin masih berdiam diri, Azmin pula tiba-tiba muncul mempertahankan Pengerusi PPBM berkenaan.

Tindakan Azmin bersetuju dengan Dr Mahathir ini sekali gus menunjukkan bahawa beliau telah bertelingkah dengan presiden partinya sendiri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sebelum ini, Presiden PKR itu berpendapat BR1M amatlah wajar disalurkan kepada rakyat dan mengakui bahawa usaha Datuk Seri Najib Razak berkenaan adalah benar.

Menteri Besar Selangor itu juga terbukti telah menafikan apa yang dikatakan oleh Exco Kerajaan Selangor merangkap Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Iskandar Abd Samad sebelum ini.

Dalam mengulas isu BR1M ini, Iskandar menyelar Dr Mahathir sebagai tidak patut mengeluarkan ‘fatwa’ berkenaan kerana dianggap tidak berasas sama sekali. Hubungan Azmin dengan PAS di Selangor mula berantakan?

Apa yang lebih mendukacitakan, Azmin sebenarnya telah menghina seramai 1,017,403 orang penerima bantuan BR1M di seluruh negeri Selangor. Sebagai sebuah negeri yang paling ramai penerima BR1M, sudah pasti golongan miskin bandar ini begitu bersyukur apabila dibantu Kerajaan Barisan Nasional melalui inisiatif tersebut walaupun pada hakikatnya pemimpin negeri sendiri menganggap ia rasuah dan salah di sisi agama serta undang-undang.

Bayangkan, mereka yang tergolong sebagai kurang berkemampuan dan miskin bandar ini pastinya akan memanfaatkan wang BR1M untuk membeli susu anak, lampin bayi, beras, baju sekolah anak dan lain-lain.

Inilah yang dihina oleh Dr Mahathir dan ‘anak angkatnya’, Azmin tanpa ada belas kasihan langsung. Benarlah, anak anak cucu Mahathir sudah kaya mana perlu BR1M. Mahathir tidak peduli lagi apa perasaan rakyat.

Sekaligus Dr Mahathir dan Azmin menganggap juga para ibu bapa telah membesarkan anak-anak mereka dengan menggunakan wang haram rasuah ini?

Inikah mentaliti MB Selangor yang seharusnya menjadi tempat bergantung harap rakyat Selangor?

“RM600 boleh habis dalam masa 2 hari. Itu sogokan politik oleh Putrajaya,” kata Azmin mengulas isu BR1M ini. Ia sekali gus menunjukkan Azmin tidak langsung prihatin kepada usaha membantu rakyat susah yang memerlukan.

Dalam pembentangan Bajet 2017 lalu, Perdana Menteri telah menaikkan jumlah pemberian BR1M ini sebenarnya. Ia dilakukan demi rakyat.

BR1M kepada isi rumah dalam senarai e-Kasih dan berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 dinaikkan drpd RM1,050 & RM1,000 kpd RM1,200.

BR1M kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000, akan dinaikkan daripada RM800 kepada RM900. Bagi individu bujang berpendapatan di bawah RM2,000, BR1M akan dinaikkan daripada RM400 kepada RM450.

Skim Khairat Kematian diteruskan dengan pampasan RM1,000 kepada waris penerima BR1M bagi kategori isi rumah dan warga emas dengan peruntukan RM6.8 billion untuk tahun 2017.

Maka, bukan sahaja Azmin bertindak menghina para penerima BR1M, malah Menteri Besar Selangor itu juga turut menggunakan angka nombor yang salah. Bukan RM600 seperti yang didakwa Azmin, jumlahnya lebih dari itu.

Ini merupakan fitnah yang nyata mungkin dengan niat untuk memburukkan Kerajaan Barisan Nasional?

Selaku Menteri Besar di Selangor, Azmin mungkin tidak kisah akan kesusahan rakyat yang memerlukan. Sebab itu dengan rasa tidak bersalah dia sewenang-wenangnya menghina penerima BR1M, malah jumlah sebenar peruntukan itu diberi pun dia tidak tahu secara tepat. Apa yang dia kisah mungkin “BR1M caranya” sahaja.

Lihat betapa sayangnya Azmin memberi bantuan “BR1M” kepada para kroni atau pemimpin PKR seperti Zuraida Kamarudin dan Datuk Adam Rosly sehingga kedua-dua mereka terbukti hidup senang lenang.

Memiliki banglo persis Disneyland dengan deretan kereta mewah yang tidak muat parkir di kawasan rumah sendiri. Dari mana kekayaan mereka ini peroleh?

Adakah mereka “menyedut” kekayaan dari projek-projek ihsan Kerajaan Selangor? Adakah ini cara “BR1M” yang halal yang dimaksudkan Azmin?

Tak cukup dengan memberi “BR1M” juga kepada kumpulan tersasar (pemimpin parti sendiri dan kroni), Azmin juga dipercayai turut menggunakan agensi-agensi kerajaan untuk “menutup mulut” mereka yang cuba mempertikaikan kerajaannya? Sebagai contoh, apabila Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos cuba datang ke pejabat Azmin untuk tumpang mandi, akhirnya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah datang merobohkan punca rezeki Jamal? Adakah ini cara kerajaan Pakatan Harapan melayan teguran rakyat?

Jika benar bagai dikata, Azmin seharusnya tampil menunjukkan “kelakiannya” dengan membuat permohonan khas kepada Kementerian Kewangan agar memberhentikan segala bentuk pemberian wang BR1M kepada rakyat negeri jajahannya iaitu Selangor. Bukankah Azmin riuh seantero dunia ingin membanteras rasuah?

Maka bertepatan dengan pendapatnya bahawa BR1M itu adalah rasuah, wajarlah dia menghalang agar rakyat negerinya sendiri dari menerima “rasuah” berkenaan.

Andai kata Azmin berjaya menyekat pemberian wang “rasuah” ini kepada 1,017,403 orang penduduk di Selangor, maka sekali gus mampu menjimatkan sebanyak RM1.2 bilion wang rakyat.

Angka yang menyamai dana politik yang dipercayai Israel berikan kepada DAP ini bolehlah digunakan untuk kemudahan infrastruktur dan kebajikan di negeri-negeri mundur seperti Kelantan, Perlis, Sabah dan Sarawak.

Mahukah Azmin menjimatkan sebanyak RM1.2 bilion wang rakyat? Tidak mahukah Azmin menjadi hero kebanggaan rakyat? Jika mahu, ayuhlah cepat kemukakan rayuan kepada Kementerian Kewangan untuk memberhentikan pemberian “rasuah” kepada rakyat negeri Selangor untuk tahun 2017 nanti. Azmin, apa tunggu lagi?

20161230-selangor-paling-ramai-terima-br1m

[contentcards url=”https://pakdin.my/azmin-kata-br1m-rasuah/” target=”_blank”]

UTAMAPOLITIKGELAR BR1M RASUAH : AZMIN HINA 1 JUTA PENERIMA BR1M DI SELANGOR

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium