Gelaran Huguan Siou Malaysia: KDCA Desak Anwar Mohon Maaf

Kongsi:

anwar hogun siouKOTA KINABALU  — Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) mendesak permohonan maaf daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Ranau dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menyentuh sensitiviti dan kesucian adat masyarakat Kadazandusun di Sabah.

Ketika membuat gesaan itu, Setiausaha Agung KDCA Suman Yasambun berkata gelaran ‘Huguan Siou’ yang bermaksud ‘Pemimpin Agung’ secara eksklusif dikhaskan dan diberi kepada seorang pemimpin Kadazandusun Murut.

Oleh itu, katanya jika benar seperti dilaporkan media baru-baru ini bahawa PKR Ranau memberi atau mengisytiharkan Anwar sebagai Huguan Siou Malaysia, tindakan itu menyalahi budaya dan tersasar daripada amalan serta tradisi lazim Kadazandusun.

“Ia menghina dan menyinggung perasaan kaum Kadazandusun. Hakikatnya ini adalah tindakan yang akan menguatkuasakan hukum ‘solupi’, iaitu membawa sumpahan terhadap seseorang atau mereka yang merampas struktur kepimpinan sedia ada dalam lingkungan komuniti Kadazandusun, terutamanya dalam hubungan dengan institusi Huguan Siou,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Suman berkata ‘Huguan Siou’ adalah institusi yang merangkumkan semangat perpaduan, keberanian dan keazaman KDM.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (USBO) Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata saga Huguan Siou menunjukkan Anwar jahil tentang budaya pelbagai kumpulan etnik di Sabah.

Dalam hubungan ini, Salleh berkata Anwar perlu memohon maaf secara terbuka kepada kaum Kadazandusun di negeri ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Masidi Manjun berpendapat gelaran Huguan Siou dianggap ‘suci’ oleh komuniti KDM dan hanya boleh diberi kepada kalangan komuniti berkenaan.

Kongsi:

Terkini

Sering dibaca

Dari FB Najib Razak

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.