Statistik Corona

Malaysia
2,082,876
Confirmed
Updated on September 19, 2021 00:55 12:55 am
Malaysia
1,840,450
Recovered
Updated on September 19, 2021 00:55 12:55 am
Malaysia
219,359
Active
Updated on September 19, 2021 00:55 12:55 am
Malaysia
23,067
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,188,529
Confirmed
Updated on September 19, 2021 00:55 12:55 am
Indonesia
3,983,140
Recovered
Updated on September 19, 2021 00:55 12:55 am
Indonesia
140,323
Deaths
Updated on September 19, 2021 00:55 12:55 am

Thailand

Thailand
1,462,901
Confirmed
Updated on September 19, 2021 00:55 12:55 am
Thailand
1,317,527
Recovered
Updated on September 19, 2021 00:55 12:55 am
Thailand
15,246
Deaths
Updated on September 19, 2021 00:55 12:55 am

Global

All countries
228,897,177
Confirmed
Updated on September 19, 2021 00:55 12:55 am
All countries
203,774,223
Recovered
Updated on September 19, 2021 00:55 12:55 am
All countries
4,698,879
Deaths
Updated on September 19, 2021 00:55 12:55 am

Gelombang Perubahan Melanda Kedah & Kelantan

1bn_undilah_bn

Senario semasa dan laporan mutakhir perkembangan minggu ke-2 kempen PRU-13 jelas menunjukkan BN akan terus kekal menerajui Kerajaan Pusat dengan jangkaan kemenangan yang jauh lebih baik berbanding PRU 12 2008 dan tidak bermasalah untuk merangkul kembali 2/3 kerusi Parlimen.

Sementara itu di peringkat negeri, BN diyakini akan mengekalkan semua negeri yang dimenanginya dulu di masa yang sama memiliki peluang cerah untuk menguasai kembali negeri-negeri yang jatuh ke tangan PR terutama sekali Kelantan dan Kedah.

Kedah dan Kelantan yang dimenangi PAS pada PRU 12 dulu, kini jelas menyaksikan kebangkitan rakyatnya apabila gelombang perubahan yang melanda negeri itu semakin memuncak di minggu terakhir kempen PRU-13 ini menandakan khalayak sudah tidak sabar untuk menobatkan kembali BN sebagai Kerajaan Negeri.

PAS selaku pemerintah di negeri-negeri tersebut kelihatan sering sesak nafas berikutan asakan demi asakan oleh kempen BN ditambah pula dengan kepincangan yang melanda jentera pilihan raya mereka, ia lagi memudahkan usaha BN untuk menawan kembali Kedah dan Kelantan.

Di Kedah umpamanya, jentera PAS bukan sahaja tidak tersusun disebabkan pertelingkahan dalaman sesama pemimpin dan masalah calon yang tidak digemari akar umbi, tetapi mereka juga agak gerun menyaksikan program anjuran BN yang berterusan mendapat sambutan hangat dari penduduk tempatan.

Sedangkan PAS pula terpaksa mengimport ahli dan jentera pilihan rayanya dari seluruh negeri serta mengerah penyokongnya dari Perak dan Perlis semata-mata untuk meramaikan majlis bagi memperlihatkan kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abu Bakar masih diterima ramai dan PAS masih kuat.

Tindakan BN meletakkan Dato’ Mukhriz Mahathir bertanding di DUN Ayer Hitam sekali gus selaku calon MB Kedah ternyata betul apabila ia berjaya meningkatkan lagi momentum sokongan rakyat kepada BN. Kesediaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut membantu kempen BN tambah menyemarakkan lagi semangat perubahan di kalangan rakyat Kedah.

Tika ini BN mendahului di 22 DUN, jika momentum sekarang berterusan tidak mustahil BN berupaya menguasai 28 daripada 36 sekali gus meletakkan kembali PAS ke kedudukan asalnya sebagai pembangkang di negeri itu.

Manakala di Kelantan pula arus perubahan hasil gerakan Gelombang Merah dan Tukar terbukti berjaya membangkitkan semangat rakyat negeri itu untuk beralih arah dari PAS selepas hampir 23 tahun diperintah parti itu semenjak 1990.

Risikan dan laporan terkini menjangkakan BN kukuh di 25 DUN dan 8 Parlimen manakala PAS pula terkial-kial memperbaiki kembali kubunya di 17 kerusi DUN. Jika keadaan berkekalan atau BN berjaya meningkatkan lagi momentum kebangkitan rakyat Kelantan, besar kemungkinan pada PRU-13 sejumlah 28 – 31 DUN dapat dikuasainya.

Berkaitan