Gempa Sabah: Kami tekad selamatkan mangsa biarpun berlaku gegaran - pakdin.my

gempa-sabah-penyelamat-gunung-kinabalu

RANAU: “Apabila berlaku gegaran susulan, kami terpaksa berhenti manakala pendaki saling berpelukan serta ada yang menjerit, kami terpaksa menenangkan mereka selain memberi kata-kata semangat.

” Keadaan itu diceritakan oleh jurupandu arah Gunung Kinabalu, Mohd Asli Supilin, 30, yang terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa gempa bumi di Gunung Kinabalu, semalam.

Ketika ditemui di sini pagi tadi, Mohd Asli berkata, walaupun risau berikutan beberapa gegaran berlaku, dia dan rakan lain tetap menguatkan semangat untuk membantu mangsa yang terkandas.

“Beberapa gegaran yang berlaku ketika dalam perjalanan turun ke kaki gunung malam tadi menyebabkan keadaan panik malah ada mangsa menjerit ketakutan,” katanya.

Mohd Asli berkata, pasukannya yang turut disertai oleh anggota bomba terpaksa menggunakan kayu untuk mengangkat bongkah batu bagi menyelamatkan mangsa yang tertimbus.

UTAMAGempa Sabah: Kami tekad selamatkan mangsa biarpun berlaku gegaran

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium