Gempa Sabah: Shahidan dedah kesukaran tugas menyelamat di Gunung Kinabalu - pakdin.my

gempa-sabah-mayat-5

Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini mendedahkan kesukaran kerja-kerja menyelamat dan membawa keluar mayat dari Gunung Kinabalu kerana helikopter hanya boleh mendarat selama seminit sahaja setiap kali berjaya memasuki lokasi penyelamat.

Malah menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, pokok juga terpaksa ditebang untuk membolehkan kawasan berkenaan selamat supaya helikopter pasukan penyelamat dapat mendarat.

Katanya,walaupun juruterbangnya berpengalaman tetapi angin di kawasan pergunungan sangat kuat sekaligus menyukarkan helikopter mendarat.

“Bukan hanya mendarat tetapi untuk terbang juga sangat sukar. Semalam, pasukan penyelamat langsung tidak dapat terbang,” kata Shahidan ketika menggulung perbahasan usul tergempar tragedi gempa bumi di Sabah di Dewan Rakyat, Selasa.

Menurut Shahidan, seramai 294 pendaki berada di gunung berkenaan dan ketika gempa bumi pada pagi Jumaat lalu.

Seramai 216 pendaki adalah rakyat tempatan manakala 60 lagi warga asing.

Setakat ini, disahkan 18 meninggal dunia termasuk beberapa orang warga asing.

Beliau mengakui malim gunung banyak membantu pihak berkuasa lain termasuk bomba, polis dan JPAM serta SMART.

Sehubungan itu, kerajaan bercadang untuk menambah aset untuk membantu operasi mencari dan menyelamat pada masa akan datang.

“Kita setuju  penambahan aset, antaranya helikopter penyelamat yang lebih besar dan stabil untuk semua jenis kerja-kerja mencari dan menyelamat ,”katanya.

Tegasnya gegaran gempa yang berlaku pada skala 5.9 ricther adalah yang paling teruk berlaku setakat ini.

Shahidan menjelaskan, ketika ini, teknologi yang ada diseluruh dunia termasuk Malaysia hanya mengesan kejadian gempa, bukan mengetahui tarikh dan masa yang sahih ianya berlaku.

UTAMAGempa Sabah: Shahidan dedah kesukaran tugas menyelamat di Gunung Kinabalu

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium