28.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, January 20, 2021

Gempa Susulan Bermagnitud 5.7 Di Sumatera Pagi Ini

Gempa bumi sederhana berukuran 5.7 pada skala Richter melanda barat daya Sumatera pagi ini, kata Jabatan Meteorologi Malaysia.

Menurut jabatan itu, gempa yang berpusat di 629 km barat daya Siberut Indonesia, 1,140 km barat daya Port Dickson, Negeri Sembilan berlaku pada pukul 8.10 pagi tadi.

Ia kini memantau perkembangan pasca gempa bumi itu dan akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa, kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dikesan, kata kenyataan itu lagi.

Satu gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter berlaku di perairan Pulau Mentawai, Sumatera Barat, Indonesia pada pukul 7.58 malam (8.45 malam waktu Malaysia) malam tadi dan gegaran dirasai sehingga ke Padang, Wilayah Sumatera Barat, Medan dan Aceh serta beberapa negeri di Malaysia.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.