GEMPAR: Aziz Bari Akui Perlembagaan Malaysia Terbaik? - pakdin.my

parlimen-malaysia

Aziz Bari, iaitu seorang ‘pakar perlembagaan mengikut piawaian Pakatan Rakyat’, baru-baru ini dipetik oleh Harakahdaily sebagai menegaskan bahawa kedudukan Melayu adalah selamat, berkat dari kebijaksanaan UMNO-BN menggubal perlembagaan negara.

Oleh itu, menurutnya sekiranya PR menang dengan majoriti 2/3 iaitu 148 kerusi sekali pun, kedudukan Melayu di dalam perlembagaan tidak boleh ditukar kerana majoriti yang dimenangi PR hanyalah di Dewan Rakyat tetapi di Dewan Negara majoritinya masih senator lantikan UMNO/BN, selain terdapat keperluan kepada perkenan Majlis Raja-raja untuk melakukan sebarang perubahan dalam perlembagaan.

Atas dasar itulah maka kedudukan Melayu dikatakan selamat walaupun PR memerintah.

Terdapat 70 orang senator di Malaysia. 26 dari mereka dipilih oleh Dewan Undangan Negeri iaitu 2 dari setiap negeri dalam Persekutuan, manakala 44 lagi dilantik oleh Yang DiPertuan Agong di mana empat darinya akan mewakili Wilayah-wilayah.

Pertamanya, apakah jaminan yang kesemua ahli Dewan Negara akan membela Melayu? Keduanya, apakah jaminan kesemua Melayu di Dewan Undangan Negeri akan mempertahankan hak-hak Melayu di dalam perlembagaan jika sebahagian besar mereka adalah dari Pakatan Rakyat? Ketiganya, walaupun 44 senator dilantik oleh Yang DiPertuan Agong, namun terdapat satu klausa yang menambah kenyataan bahawa lantikan itu adalah ‘atas nasihat Perdana Menteri’.

Justeru, jika Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, apakah jaminan yang beliau akan menasihatkan Yang DiPertuan Agong untuk mempertahankan keududukan Melayu?

Perlu diingatkan, bahawa hanya baru-baru ini sahaja, iaitu beberapa hari lepas, di dalam wawancara dengan Financial Times, Anwar sekali lagi mengulang kenyataan bahawa ‘masalah paling utama di Malaysia ialah Hak-Hak Melayu kerana ia membawa kepada masalah perkauman dan korupsi’.

Sudah tentulah kenyataan tersebut bersifat terlalu umum, subjektif dan boleh diperdebatkan. Namun, isu di sini bukan soal perkauman atau korupsi tetapi berkenaan hak-hak Melayu.

Dari apa yang diperkatakan Anwar, jelaslah bahwa beliau berniat untuk menghapuskan hak-hak Melayu sama sekali. Dengan DAP berada di belakangnya, atau lebih tepat di atas Anwar, maka apakah jaminan yang perlembagaan yang ada mampu dipertahankan?

DAP langsung tidak pernah berdolak dalih akan penentangan mereka terhadap hak-hak Melayu di dalam perlembagaan. Umum sedia maklum bahawa kewujudan DAP adalah atas dasar perjuangan menghapuskan hak-hak Melayu, termasuk Institusi Raja-raja. DAP pastinya akan mempunyai lebih kuasa dan cara untuk mencapai matlamat mereka sekiranya PR berada di takhta.

Oleh itu, yang mungkin akan membela Melayu jika PR benar-benar menang dalam pilihanraya kali ini, hanyalah PAS dan UMNO. Dengan UMNO sebagai pembangkang, maka suara UMNO tentulah agak terhad apatah lagi dengan sikap PR yang gemar ‘menutup’ suara penentang-penentang mereka.

Lebih malang lagi, PAS juga telah dicerobohi oleh orang-orang Anwar dan DAP sehingga ke peringkat kepimpinan tertinggi. Di tambah lagi dengan ‘kekaburan’ para pemimpin Ulama di dalam parti itu yang meletakkan kebencian terhadap UMNO sebagai matlamat utama sehingga menghina sebarang usaha untuk membela bangsa Melayu, maka apakah jaminan yang mereka akan turut membela kedudukan Melayu di dalam perlembagaan?

Dari situ, kita tidak faham bagaimana Aziz Bari boleh menyatakan bahawa kedudukan Melayu akan lebih kuat jika PR memerintah sedangkan di Pulau Pinang dan Selangor, kita melihat sendiri bagaimana Melayu dan Islam diremehkan, malah diketepikan terus, apabila saja berpeluang. Pun begitu, walaupun tidak menguasai Kelantan, namun DAP tetap mampu menguasai beribu ekar tanah Kelantan.

Justeru, di mana logiknya hujah Aziz Bari?

UTAMAPOLITIKGEMPAR: Aziz Bari Akui Perlembagaan Malaysia Terbaik?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium