Gempar Babi Hutan Masuk Masjid Sondol Makmum - pakdin.my

KECOH… Jemaah Masjid Sungai Plong, di Sungai Buloh, Selangor gempar apabila dikejar seekor babi hutan yang sakit dipercayai dari hutan berhampiran pada malam Selasa.

Suasana panik bermula apabila haiwan liar yang tercedera di leher itu dipercayai tersesat masuk ke pekarangan kawasan masjid berkenaan sebelum mengejar jemaah yang berada di luar rumah ibadat tersebut.

Haiwan najis mughallazah itu kemudiannya bertindak ganas dengan masuk ke dalam dewan solat sebelum menyondol salah seorang jemaah ketika waktu solat ba’diyah Maghrib sehingga menyebabkannya tercedera.

Imam Satu Masjid Sungai Plong, Ungku Ahmad Hazwan Ungku Kamarudin berkata, ketika kejadian ada dalam kalangan jemaah berusaha menyelamatkan diri dan ada berusaha halau ia keluar dari dewan solat.

“Ia akhirnya berjaya ditembak seorang jemaah yang kebetulan memiliki senapang patah. Pihak polis turut dihubungi bagi bantu menenangkan keadaan,” katanya menerusi status di akaun Facebook masjid itu semalam.

Dalam pada itu, Ungku Ahmad Hazwan memberitahu bahawa kejadian aneh tersebut bagaimanapun telah menjejaskan kira-kira tiga perempat bahagian dalam masjid dan sekitar kawasan beranda.

“Bagi menyelesaikan masalah ini, pihak masjid telah hubungi Jabatan Mufti Selangor bagi bantu menyelesaikan masalah ini. Wakil mereka akan hadir bagi membuat penilaian berkaitan masalah sertu dan karpet masjid.

“Ketika ini, urusan solat jamaah diteruskan seperti biasa di ruang solat yang tidak terjejas. Saya memohon kepada semua terutama ahli kariah agar dapat berdoa supaya masalah ini dapat diselesaikan sebaik mungkin,” ujarnya.

UTAMABERITAGempar Babi Hutan Masuk Masjid Sondol Makmum

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium