25.7 C
Kuala Lumpur
Friday, October 30, 2020

Gerai laksa punca keracunan makanan diarah tutup, pemilik gerai pasrah

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan notis perintah tutup premis ke atas sebuah gerai laksa kebok di Kupang di Baling dekat sini kerana disyaki mempunyai kaitan de­ngan 19 kes keracunan makanan termasuk melibatkan dua kematian baru-baru ini.

Penutupan premis tersebut berkuat kuasa pukul 9 pagi kelmarin di bawah Seksyen 18(1)(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Berdasarkan notis yang dikeluarkan, gerai laksa di Kampung Landak, Kupang itu diarah tutup sehingga kerja-kerja membasmi kuman, serangga, tikus dan apa sahaja keadaan yang menyebabkan bermula serta merebak pe­nyakit berjangkit kepada orang ramai dilakukan dengan sempurna.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Datuk Dr. Norhizan Ismail berkata, sembilan kes de­ngan dua kematian dilaporkan di negeri Perak manakala 10 lagi kes dilaporkan berlaku di negeri ini.

Beliau berkata, susulan maklumat yang tular di media sosial, KKM memaklumkan menerima satu notifikasi daripada Hospital Gerik, Perak berhubung dua kes keracunan makanan dengan satu kematian pada Sabtu lalu.
“Siasatan lanjut mendapati tujuh kes daripada satu keluarga yang tinggal di rumah sama mengalami gejala demam, cirit-birit dan muntah.


“Mereka dilaporkan telah makan laksa yang dibeli oleh bapa si mati di sebuah gerai di Kupang kira-kira pukul 5.30 petang Khamis lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam kelmarin.

Kata Norhizan, dua lagi kes dimasukkan ke Hospital Gerik pada Ahad lalu dan pesakit me­ngalami gejala keracunan makanan selepas makan laksa yang dibeli di gerai yang sama, juga pada Khamis lalu.

“Satu daripada dua kes tersebut telah dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk rawatan lanjut, namun pesakit disahkan meninggal dunia pada pukul 2.31 petang Ahad lalu,” ujarnya.

Menurut beliau, sebanyak 10 kes sama turut dilaporkan Pejabat Kesihatan Daerah Ba­ling dan mendapat rawatan di Hospital Baling.

Kosmo! semalam melaporkan dua individu disahkan mening­gal dunia dipercayai akibat keracunan makanan selepas menikmati hidangan laksa kebok di sebuah gerai di Kupang, Baling pada Sabtu lalu.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Abdul Rahim Abdul Manan, 28, dan Raseah Ali Musa, 70.

Laksa kebok diperbuat diperbuat daripada kebok, iaitu alat pemutar tradisional yang menghasilkan laksa.


Sementara itu pemilik gerai jualan laksa kebok di Kupang, Baling, akan terus memberi kerjasama kepada pihak berkuasa berhubung dakwaan kes keracunan laksa.

Daud Ismail, 51, dia memberi kerjasama yang baik setiap kali pegawai pejabat kesihatan membuat pemeriksaan dan siasatan di premis perniagaannya.

“Ini termasuk pemeriksaan di kawasan dapur, tempat membuat laksa serta memasak kuah,” katanya ketika ditemui di rumahnya, hari ini.

Daud berkata, dia berharap mendapat keputusan yang adil bagi meneruskan perniagaan itu yang menjadi punca mata pencariannya.

Katanya, sejak kejadian itu tular di media sosial, dia tidak menerima sebarang ugutan.

Malah, dia menerima semangat serta sokongan daripada rakan dan pelanggan.

“Bagaimanapun, saya akur dengan arahan Pejabat kesihatan supaya menutup premis sehingga siasatan selesai.


“Saya menunggu dengan sabar kerana saya mencari nafkah hidup dengan berniaga laksa,” katanya.

……………

Rujukan:

https://pakdin.my/tag/laksa

Berita Berkaitan

Siapa di belakang portal MalaysiaNow

Nama seperti Malaysiakini, Malaysia Today, Malaysia Insight memang sudah dikenali. Sekarang timbul nama baru, MalaysiaNow....

Polis tahan Ronnie Liu, siasat kes hina Agong

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pelek Ronnie Liu...

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan