30 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 28, 2020

Gerakan jatuhkan SU Politik MB Selangor serius?

Setpol pun pakai baju istiadat?

SHAH ALAM – Kontroversi gerakan menjatuhkan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin yang bermula di laman sosial Twitter #kamisayangpkr dan #pecatfaekah kini semakin hangat apabila Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Shuhaimi Shafie mahu Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim campur tangan menyelesaikan isu tersebut.

Shuhaimi yang Ketua Penerangan PKR Selangor berkata, visi menjadi kerajaan kini dipandu dengan gandingan cukup baik antara Pengarah Jawatankuasa Pilihanraya Pusat, Azmin Ali dan pentadbiran Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dilihat sebagai satu ‘gerombolan meriam’ ampuh untuk mara ke Putrajaya.

“Namun, jika dalam perjalanan ini, ada satu dua ‘meriam’ yang dirasakan sudah uzur oleh kepimpinan, rosak dan hilang kekuatan semangat kebersamaan, elok sahaja digantikan dengan ‘meriam’ baru supaya matlamat menakluki Putrajaya tidak tersadai di sempadan.

“Tiba masanya untuk Ketua Umum melihat perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. Kempen di laman Twitter itu memaparkan pelbagai luahan hati pengikut dan rasa tidak puas hati selepas Faekah dikatakan mempertikaikan keputusan Majlis Pimpinan PKR melantik Azmin sebagai Pengarah Pilihanraya PKR, selain dakwaan berkuasa terhadap pengeluaran peruntukan di bawah Geran SelangorKu dan program pembangunan untuk rakyat Selangor.


Shuhaimi menegaskan semua kepimpinan di dalam organisasi negeri baik dari kedudukan menteri besar, anggota exco apatah lagi setiausaha politik hendaklah menghormati pendirian mahupun keputusan kepimpinan tertinggi parti.

Menurutnya, PKR Selangor memandang serius jikalau benar adanya dakwaan terdapat individu tertentu mempertikai kepimpinan tertinggi parti secara terbuka dan tidak akan sekali kali berkompromi kerana jelas ia melanggar etika parti.

“Dalam keadaan saya menghormati kuasa prerogatif menteri besar untuk melantik setiausaha politik, pandangan dan keputusan pimpinan parti jangan sekali kali dipinggirkan kerana Kerajaan Negeri tertubuh atas penat lelah, jasa dan keringat akar umbi PKR yang berjuang bersama sama rakyat lain untuk kemenangan rakyat,” katanya.

Menurutnya, perbuatan ‘menyerang’ kepimpinan secara terbuka adalah satu tindakan amat tidak matang, tidak bijak dan penuh emosi.

“Kritikan membina dan pandangan kritis hendaklah dilahirkan dalam bilik mesyuarat dan diselesaikan mengikut saluran yang betul.

“Kenyataan Twitter saya yang memohon supaya pihak tertentu yang mengecam Kerajaan Negeri Selangor di Twitter #kamisayang pkr agar berhenti adalah sebagai satu langkah yang difikirkan perlu supaya isu ini dapat ditangani dengan berhemah dan tertutup sambil tidak membuka ruang kepada kejadian ‘malang’ yang berlaku di Kedah,” katanya.

Shuhaimi turut bersedia menjadi ‘orang tengah’ mengatur pertemuan semuka untuk mengenal pasti apakah masalah dan saranan akar umbi PKR bagi memperbaiki lagi perjalanan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang mungkin tidak sesempurna  pada pandangan mata kepimpinan parti.


“Jika ada kekurangan dan perlukan pembaikan, hatta sehingga perlu melantik pegawai lain bagi membantu tugasan menteri besar, maka kerajaan negeri yang tertubuh atas lingkaran parti, mestilah akur dan mengambil tindakan pembetulan dengan segera.

“Jika benar ada satu dua pegawai parti yang jelas mengkhianati mandat dan tidak menghayati kehalusan perjuangan parti, tindakan keras wajar diambil bagi memelihara keutuhan parti,” katanya.

Beliau turut berharap pemimpin PR kini fokus memberikan tumpuan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.

“Kita perlu berjiwa besar dalam mendepani percubaan Umno yang senantiasa mengambil peluang dengan ‘sedikit perbezaan pendapat’ yang mungkin wujud di kalangan kita,” katanya.

++++++++

Azmin nafi dalang kempen jatuhkan Faekah
21 Jun 2012
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali PETALING JAYA – Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, semalam enggan mengulas dakwaan beliau mempunyai kaitan dengan gerakan menjatuhkan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin.

Azmin yang dipetik portal berita Free Malaysia Today sebaliknya berkata, tidak mengenali pihak yang terlibat dalam gerakan tersebut dan tidak bersetuju serangan terbuka dibuat ke atas Faekah.


Beliau menyarankan agar mana-mana individu atau pihak terlibat segera berhenti menyebarkan kempen mahupun gerakan memburuk-burukkan ahli parti.

“Saya tidak mahu ada pihak ketiga yang cuba mengambil kesempatan. Saya juga beri jaminan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor) bahawa PKR negeri akan terus menyokong kepimpinan beliau dan bekerjasama untuk menjamin kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang.

“Konflik itu adalah perkara biasa dalam mana-mana parti politik. Namun, saya tidak bersetuju dengan serangan terbuka kerana dalam parti ada proses untuk sampaikan aduan tersebut,”

 

Berita Berkaitan

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Darurat: Raja-Raja Melayu bermesyuarat esok

Sembilan Raja-Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia dijadualkan mengadakan pertemuan khas...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan