23.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 1, 2020

GEREJA KATHOLIK USAH KERUH KEADAAN

herald-kalimah-allah

Mudah bagi rakyat Malaysia memahami mengapa Mahkamah Persekutuan tidak membenarkan majalah Herald – The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan termasuk terjemahan Bible Versi Melayu. Ia boleh menimbulkan kekeliruan di dalam menganut agama yang sekaligus mengancam keselamatan, keamanan dan keharmonian masyarakat awam dan komuniti Islam.

Susahkan Gereja Katholik memahami hakikat itu? Fahamilah bahawa kalimah Allah bukannya milik Kristian dan mereka tidak perlu mempertahankannya. Mahkamah tidak pernah merampas hak kebebasan gereja, hanya meletakkan kalimah Allah pada tempat sewajarnya untuk umat Islam.

Tiada seorang pun penganut Kristian dianiaya dan tiada sebutir perkataan dalam Bible diusik, dirombak atau dimansuhkan. Mengapa perlu `kiasu’ dalam isu penggunaan perkataan yang sudah tentu milik umat Islam?

Perundangan Indonesia membenarkan kalimah Allah dipinjamkan kepada penganut Kristian bagi tujuan terjemahan tetapi perundangan Malaysia tidak membenarkannya atas sebab-sebab yang sudah disebut.

Larangan itu bukan bererti penganiayaan terhadap penganut Kristian. Kini pihak gereja menuduh kerajaan menyifatkan mereka sebagai penjenayah kerana menggunakan kalimah Allah pada ceramah mereka dalam gereja.

Tak perlulah mereka mengaitkan perjanjian 18 perkara (Sarawak) dan perjanjian 20 perkara (Sabah) yang dipersetujui semasa pembentukan Malaysia pada 1963.

Tak perlu juga berselindungi disebalik Perlembagaan Malaysia, Fasal 11 yang menetapkan setiap orang mempunyai hak untuk menyatakan dan menjalankan agamanya dan (tunduk pada undang-undang yang berlaku menyekat penyebaran agama-agama lain untuk umat Islam) untuk menyebarkannya.

Perlembagaan sememangnya menetapkan bahawa Islam adalah agama rasmi Malaysia dan membenarkan agama-agama lain dipraktikkan dalam damai dan harmoni (Perkara 3).


Perundangan itu bukan bermakna mereka boleh mengetepikan dan menghina keputusan Mahkamah Persekutuan sehingga menyebabkan Datuk Ibrahim Ali mahu memancung kepala mereka atau Datuk Zulkifli Nordin mahu mengerakkan 13 Mei.

Seeloknya Gereja Khatolik menerima keputusan itu seadanya sambil memberitahu seluruh penganut Kristian di Malaysia mengenai sebab mengapa mahkamah berbuat demikian.

Malangnya mereka tidak mahu menjelaskan sebab-sebab itu. Peguam mereka hanya memberitahu media apa yang mahu diberitahu saja. Penyudahnya penganut Kristian tidak faham dengan kemelut disebalik keputusan itu.

Kepada persoaan awal, mengapa Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur, Murphy Nicholas Xavier Pakiam, memohon semakan kehakiman No: R1-25-73-2008 kepada Mahkamah Tinggi?

Antaranya beliau mahu keputusan kerajaan pada 12 Februari 2008 yang melarang Herald – The Catholic Weekly daripada menggunakan perkataan Allah, sebagai tidak sah dan batal.

Dia juga mahu mahkamah mengesahkan perkataan Allah bukan eksklusif kepada Islam. Bukan itu saja, beliau mahu mahkamah batalkan perenggan 4.1.10 Garis Panduan Penerbitan yang menyatakan “Penerbitan agama selain daripada agama Islam dilarang menggunakan istilah-istilah khusus agama Islam iaitu Allah, Baitullah, Solat dan Kaabah kecuali bagi menerangkan istilah-istilah berkenaan.”

Ini bererti jika mahkamah membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah, mahkamah juga perlu memberi kebenaran kepada mereka menggunakan istilah Baitullah, Solat dan Kaabah untuk keperluan pengembangan agama Kristian secara berleluasa.

Bukankah penggunaan perkataan-perkataan itu membahayakan komuniti Islam? Secara langsung ia ada kaitan dengan isu keselamatan, boleh menimbulkan kekeliruan di dalam beragama yang sekaligus mengancam keselamatan, keamanan dan keharmonian masyarakat awam dan komuniti Islam.

Bagi menyekat Herald meneruskan penerbitan berbahaya itu, beberapa majlis agama Islam dan bukan Islam telah mengemukakan Permohonan Kebenaran Untuk Mencelah (Intervene) dikemukakan terhadap semakan kehakiman itu.

Pihak yang mengemukakan permohonan ialah Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP); Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP); Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM); Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP); Majlis Agama Islam Selangor (MAIS); Majlis Agama Islam Kedah (MAIK); Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ); Majlis Agama Islam Melaka (MAIM); Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA); Majlis Gurdwara Malaysia.

Ini ditambah dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang berkata: “Pada hemat kami, mengikut Perlembagaan Perkara 11(4), menjelaskan bahawa agama-agama lain tidak boleh disebarkan di kalangan orang Islam. Maka peraturan yang termaktub dalam Perlembagaan harus dihormati oleh agama-agama lain.”

Beliau merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Perkara 11 Fasal (4) yang menyatakan: “Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.”

Sudah jelas keharmonian Islam akan terjejas melalui aktiviti pengembangan agama Kristian menerusi penggunaan kalimah Allah dan beberapa perkataan lain.


Adakah penggunaan kalimah Allah merupakan kaedah pengembangan kepercayaan agama Kristian? Jawapannya ialah Ya. Ini berlaku di beberapa Negara di dunia. Contohnya di Spain, The People of the Book merupakan organisasi yang giat menjalankan pengembangan kepercayaan agama Kristian kepada umat Islam yang boleh bertutur dalam bahasa Sepanyol.

Walaupun mengakui kalimah Allah di dalam Al-Quran tidak sama dengan istilah God di dalam Bible, organisasi ini berpendapat penggunaannya amat berkesan untuk memurtadkan umat Islam:

“We believe that it can be very effective to use the Quran as a tool to share concepts that are familiar and acceptable to Muslims, and that support Biblical principles.

“There are many concepts that are very compatible with the Bible and there are other Quranic teachings that may actually be misunderstood by Christians and Muslims. Of course, the Holy Bible is the only and complete authority for everything pertaining to doctrine and lifestyle.

“We believe that it is perfectly acceptable to use the name Allah, both in the Bible that we use to minister to Muslims, as well as materials that we distribute. It is the translation of the word “God” in Arabic.” – Joshua Massey.

Massey merupakan ahli antropologi budaya, lingusitik dan pendakwah Islam di sekitar Asia sejak 1985. Beliau telah menerbitkan beberapa artikel mengenai rancangan Kristian memurtadkan umat Islam di seluruh dunia.

Ia diperkukuh dengan kenyataan mubaligh Kristian dari Sweden, John Hultvall yang terlibat dalam misi pengembangan agama Kristian di Turkestan Timur (kini wilayah Xinjiang, China), sebuah kawasan berpenduduk majoriti Islam.

Hultvall juga berpendapat bahawa walaupun penggunaan kalimah Allah dipersoalkan di kalangan penganut-penganut Kristian sendiri, mubaligh-mubaligh Kristian sentiasa menggunakannya dalam usaha mereka memurtadkan umat Islam:

It is questionable whether a description of mission work among Muslims should use the name of Allah and not God. Some Muslims mean that Allah should be translated by God in western languages. The missionaries always use the word Allah and this usage has been observed here too.

Kevin Greeson, juga seorang mubaligh Kristian, telah menulis sebuah buku bertajuk The Camel: How Muslims Are Coming to Faith in Christ yang dijadikan panduan oleh mubaligh-mubaligh International Mission Board (IMB) khusus untuk memurtadkan umat Islam.

Menurut Greeson: “In a cross-cultural witness you use the language of the people and you use whatever terminology they have for God.”

Selain daripada satu kaedah pengembangan efektif, adakah penggunaan kalimah Allah diterima oleh dunia Kristian? Jawapannya Tidak. Kalimah Allah digunakan semata-mata kerana ia adalah satu kaedah yang terbukti efektif untuk memurtadkan umat Islam.

Jika tidak, ia mungkin tidak akan digunakan sama sekali oleh penganut Kristian kerana ia dianggap sebagai pencabulan (sacrilege) dan kufur (blasphemy).


Menurut Sandy Simpson daripada Apologetics Coordination Team: “Among the words that cause concern is Allah. It’s the word Muslims use for the deity they worship, but the Arabic word pre-dated Islam and is also used by Christian Arabs when referring to God – despite the considerable differences in the Judeo-Christian and Islamic conceptions of God.

“The Iban translation of the Bible uses the term `Allah Taala’ for God, while the other banned Christian books in Bahasa Malaysia also use Allah for God. This is thought likely to be one of the problem areas for the Home Ministry.

Khalid-samad-ceramahAdakah penggunaan kalimah Allah oleh Gereja disokong oleh pemimpin Islam di Malaysia? Jawapannya Ya. Antaranya Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berkata: “Pada zaman nabi, walaupun ada golongan menyembah berhala sekalipun tetapi jika ditanya siapakah pencipta langit dan bumi mereka tetap mengakui Allah yang menciptanya. Jadi ertinya perkataan Allah ini bukan benda baru yang disebut oleh orang bukan Islam.”

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula pernah berkata, rakyat Malaysia membesar menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium komunikasi, jadi tiada sebab mengapa penganut Kristian Malaysia tidak boleh menggunakan perkataan Allah iaitu istilah Bahasa Arab untuk Tuhan dalam ritual mereka.

Dr. Dzulkefly Ahmad, Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pembangunan PAS pernah berkata bahawa persoalan mengenai penggunaan nama Allah tidak harus timbul kerana telah diakui dalam Al-Quran bahawa kalimah Allah turut digunakan oleh bukan Islam.

Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Abdul Samad, menyokong pandangan Dzulkefly dengan membaca sepotong ayat Al-Quran yang menunjukkan orang bukan Islam mengakui bumi ini diciptakan Allah.

Sebab itulah sejak kebelakangan ini Gereja Khatolik dan NGO Kristian semakin garang berhujah dalam media pro Kristian selepas mendapat sokongan padu daripada pemimpin Islam PAS dan PKR.

Kini tanpa segan silu mereka mendakwa kerajaan menyifatkan penganut Kristian di Malaysia adalah penjenayah kerana menggunakan perkataan Allah ketika menyebarkan ajaran agama Kristian, wal hal kerajaan tidak pernah menyebutnya.

Berita Berkaitan

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...