Germanwings: Bukan yang pertama tindakan sengaja oleh juruterbang - pakdin.my

Germanwings-Airbus-A320-200-terhempas

Memang jarang berlaku juruterbang dikatakan sengaja menyebabkan pesawat komersial terhempas tetapi nahas Germanwings di pergunungan Alps Perancis juga bukanlah yang pertama dikaitkan dengan tindakan sengaja juruterbang.

Beberapa kes nahas pesawat yang dikaitkan dengan tindakan juruterbang adalah seperti berikut :-

– 29 November 2013: Sebuah pesawat Penerbangan Mozambique terhempas di utara Namibia menyebabkan semua 27 penumpang dan enam krew terbunuh. Siasatan awal menjurus kepada tindakan juruterbang yang mengunci pembantu juruterbang di luar kokpit.

– 31 Oktober 1999: Pesawat EgyptAir, Penerbangan 990 terhempas di Lautan Atlantik selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa John F Kennedy, New York. Semua 217 orang dalam pesawat terbunuh.

Penyiasat AS berkata pembantu juruterbang mematikan bekalan kuasa ke enjin, menyebabkan pesawat menjunam dan mengungkapkan berkali-kali, “Aku berserah pada Tuhan.” Pihak berkuasa Mesir bagaimanapun menolak dapatan itu dan mendakwa nahas disebabkan masalah pada bahagian ekor pesawat.

– 19 Disember 1997: SilkAir, Penerbangan 185 terhempas ke sungai di Indonesia menyebabkan 104 orang dalam pesawat terbunuh. Penyiasat AS mendakwa kapten sengaja membuatkan pesawat terhempas, tetapi penyiasat Indonesia tidak membuat rumusan punca nahas.

– 21 Ogos 1994: Sebuah pesawat Royal Air Maroc menjunam ke gunung sebaik berlepas dari Agadir, Maghribi. Semua 44 orang dalam pesawat terbunuh. Suruhanjaya siasatan berkata juruterbang sengaja menjunamkan pesawat untuk membunuh diri. Kesatuan sekerja syarikat penerbangan bagaimanapun membantah dapatan itu.

– 2 Februari 1982: Pesawat Japan Airlines terhempas di Teluk Tokyo ketika berlegar untuk mendarat di Lapangan Terbang Haneda. Seramai 24 daripada 174 orang dalam pesawat terbunuh. Kapten yang disahkan menghidap tekanan jiwa dipersalahkan atas nahas itu.

UTAMADUNIAGermanwings: Bukan yang pertama tindakan sengaja oleh juruterbang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium