'GIGITAN CINTA' LEHER YUNA 'DIBUAT' LABAH-LABAH - pakdin.my

Labah-labah pun pandai pilih tempat nak menggigit kan? 🙂 🙂

Penyanyi Yuna menjelaskan foto kontroversi yang tersebar pada petang Selasa kononnya terdapat kesan gigitan cinta pada lehernya merupakan kesan akibat gigitan labah-labah.

Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, 30, berkata, kesan merah itu terjadi akibat alahan pada kulit selepas digigit serangga berkenaan ketika dia menjayakan konsert jelajahnya di Alabama, Amerika Syarikat kira-kira lima minggu lalu.

“Ini bukan gigitan cinta tetapi kesan daripada gigitan labah-labah ketika konsert jelajah di Alabama, Amerika Syarikat pada lima minggu lalu.

“Ia bukan sahaja di leher tetapi juga di wajah dan tangan saya yang turut digigit ketika sedang tidur,” ujarnya.

Yuna ditemui pada majlis sambutan ulang tahun Younder di Hotel St Regis, di sini, malam Selasa.

Dia diminta mengulas tentang sekeping fotonya yang dimuat naik oleh penganjur konsert Rockway yang berlangsung pada Sabtu lalu dipersoalkan netizen.

Sementara itu, tambah Yuna, akibat kesan gigitan labah-labah itu menyebabkan dia mengalami bengkak dan gatal-gatal selama seminggu selepas mendapatkan rawatan.

20161123-yuna-love-bite

UTAMABERITA'GIGITAN CINTA' LEHER YUNA 'DIBUAT' LABAH-LABAH

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium