33.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 2, 2020

Gobalakrishnan Ditahan Bantu Siasatan Kes Dakwaan Di Twitter

GobalakrishnanTwitterGang04

Bekas anggota Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan ditahan pada Isnin bagi membantu siasatan berhubung tweet yang menuduh terdapat pegawai polis berketurunan India di Pulau Pinang melindungi kumpulan kongsi gelap Geng 04 dalam kegiatan dadah.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Abdul Rahman Ahmad berkata bekas anggota parlimen dari PKR berusia 55 tahun itu ditahan di rumahnya di Kulim, Kedah pada pukul 3.30 petang selepas enggan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut untuk diambil keterangan.

“Dia dibawa balik ke IPD Timur Laut dan polis akan memohon perintah reman daripada mahkamah esok bagi membolehkan kami merakam keterangan serta melengkapkan siasatan,” katanya.

Gobalakrishnan melalui twitternya pada 6 Februari menulis “Some Penang Indian police officers are strongly backing 04 gang which deals with drugs”.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi status akaun twitternya semalam menyifatkan kenyataan itu sebagai tohmahan serius kepada pasukan polis dan pihaknya akan menyiasat perkara itu.

Abdul Rahman berkata polis membuka tiga kertas siasatan iaitu menurut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan.

“Polis turut merampas telefon bimbit milik bekas anggota parlimen itu,” katanya.


Terdahulu, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi menafikan dakwaan Gobalakrishnan di dalam tweetnya itu.

“Kami telah dapatkan perintah daripada pejabat pendakwa raya untuk merekodkan keterangan Gobalakrishnan,” katanya pada sidang akhbar di sini Isnin.

Dalam perkembangan lain, Abdul Rahim berkata kertas siasatan berhubung kejadian seorang lelaki melempar bungkusan dipercayai mengandungi daging babi ke dalam perkarangan Masjid Telaga Air, Butterworth dekat sini telah siap dan dihantar kepada Ketua Unit Perundangan pada Isnin.

“Berdasarkan siasatan awal polis, lelaki berusia 40-an itu dipercayai mempunyai masalah mental dan dia juga terbabit dengan penyalahgunaan dadah,” katanya.

Lelaki berkenaan ditahan polis Jumaat lepas bagi membantu siasatan berhubung kejadian pada kira-kira pukul 2 pagi itu.

Berita Berkaitan

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...