Gol Faiz Subri Jadi Perhatian Dunia - pakdin.my

Seorang pemain bola sepak dari Malaysia berpeluang mencalonkan dirinya ke Anugerah Puskas tahun selepas menjaringkan gol unik menerusi sepakan percuma.

Malah dia juga dilapor bakal menjadi pencabar kepada gol unik yang dihasilkan bintang bola sepak dunia, Lionel Messi

Gol yang menjadi perhatian dunia itu dihasilkan oleh pemain Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri ketika menentang Pahang pada malam selasa.

Keunikkan jaringan tersebut telah disamakan dengan sepakan percuma yang disempurnakan oleh legenda pertahanan Brazil, Roberto Carlos.

Sepakan dari jarak 30 meter itu dikatakan unik apabila ia melencong dari kiri ke kanan gol lawan sebelum menerjah ke gawang.

Gol tersebut turut menjadi berita di beberapa portal sukan dunia dan laman sosial.


Faiz Subri Berlatih Untuk Hasilkan Sepakan Unik

Saingan Liga Super baharu sahaja bermula, namun kemeriahan sudah dirasai dengan aksi luar biasa pemain tempatan.

Penyerang Pulau Pinang, nama Mohd Faiz Subri secara tiba-tiba menjadi sebutan dalam dan luar negara gara-gara sepakan percuma yang unik dibuat sehingga menghasilkan gol ketika aksi bertemu Pahang di Stadium Bandaraya pada Selasa malam.

“Ini merupakan sepakan percuma sempurna yang pernah saya lakukan sepanjang lapan tahun bergelar pemain.

“Sebelum ini ia tidak menjadi seperti itu. Saya selalu berlatih dan tidak sangka ia berlaku semalam (Selasa).

“Saya hanya memberi fokus dan menetapkan sasaran arah bola sebelum membuat sepakan itu,” jelasnya ketika dihubungi mStar Online.

Pemain kelahiran Kedah berusia 29 tahun ini mengakui aksinya itu turut memberi dorongan kepadanya untuk melakukan yang lebih baik lagi.

“Saya bersyukur dan akan cuba melakukan yang lebih baik lagi selepas ini. Ia juga dianggap sebagai semangat untuk pasukan,” katanya yang turut terkejut dengan lencongan bola itu.

Sepakan dari jarak 30 meter itu dikatakan unik apabila ia melencong dari kiri ke kanan gol lawan sebelum menerjah ke gawang. Gol tersebut turut menjadi berita di beberapa portal sukan dunia termasuk mirror.co.uk dan laman sosial.

Malah gol itu juga menjadikan Mohd Faiz sebagai calon bagi anugerah Puskas tahunan.

UTAMAGol Faiz Subri Jadi Perhatian Dunia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium