Graduan Maut Akibat Keracunan Makanan Terima Ijazah Sarjana Muda Pendidikan UIAM - pakdin.my

Ibu kepada Allhayarham Nurshazana Mohd Rashid, Mahani Ismail (dua, kanan) bersama Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Datuk Seri Prof Dr Zaleha Kamaruddin (kiri) melihat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang diterima bagi pihak anaknya pada Majlis Konvokesyen UIAM Ke-29 di Kuala Lumpur pada Isnin. Turut kelihatan kakak Allahyarham, Norshazwani Mohd Rashid, 29, (dua, kiri) serta adik, Nurzakirah Mohd Rashid, 12
Ibu kepada Allhayarham Nurshazana Mohd Rashid, Mahani Ismail (dua, kanan) bersama Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Datuk Seri Prof Dr Zaleha Kamaruddin (kiri) melihat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang diterima bagi pihak anaknya pada Majlis Konvokesyen UIAM Ke-29 di Kuala Lumpur pada Isnin. Turut kelihatan kakak Allahyarham, Norshazwani Mohd Rashid, 29, (dua, kiri) serta adik, Nurzakirah Mohd Rashid, 12

Allahyarham Nurshazana Mohd Rashid, 24, yang meninggal dunia akibat keracunan makanan di Sungai Petani, September lepas merupakan antara penerima ijazah sarjana muda dalam konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada Isnin.

Ibu Allahyarham, Mahani Ismail, 45, mewakili anaknya menerima Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam) daripada Rektor UIAM Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin pada hari ketiga konvokesyen itu.

Mahani diberi tepukan gemuruh oleh graduan dan jemputan ketika menaiki pentas selepas seluruh dewan bertafakur dan menghadiahkan bacaan al-Fatihah kepada Allahyarham.Ketika ditemui pemberita selepas itu, Mahani berkata Allahyarham yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.8 bercita-cita menjadi ustazah.

“Pada mulanya mak cik tidak mahu mengambil ijazah itu kerana terlalu sedih mengingatkan arwah, tetapi anak-anak menasihati mak cik supaya pergi untuk menerima penghargaan bagi pihak Allahyarham,” katanya yang hadir ditemani tujuh anggota keluarga. Pada September lepas, tiga orang termasuk Nurshazana meninggal dunia akibat keracunan makanan selepas menikmati hidangan kenduri kahwin di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Sungai Petani, Kedah.

Allahyarham merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik dan menurut Mahani Allahyarham berhasrat membeli sebuah kereta untuknya selain membawa beliau menunaikan haji.

Kata Mahani, selepas menamatkan pengajian pada Jun lepas, Allahyarham sangat teruja dalam membuat persiapan konvokesyen dengan membeli sepasang baju kurung untuk ibunya itu.

“Anak mak cik seorang yang ceria dan taat, Allahyarham pernah menjaga mak cik yang sedang sakit ketika dia bersedia menduduki Sijil Pelajaran Malaysia dan berjaya memperolehi 7A dalam peperiksaan itu,” katanya.

Dalam sesi hari ini, 583 graduan menerima ijazah sarjana muda dalam bidang seni bina dan reka bentuk, alam sekitar, sains kesihatan bersekutu serta pendidikan.

UTAMAGraduan Maut Akibat Keracunan Makanan Terima Ijazah Sarjana Muda Pendidikan UIAM

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium