Graduan UM menari di pentas konvo [Video] - pakdin.my

Melibatkan Pusat Pengajian Kebudayaan

Majlis konvokesyen di Universiti Malaya sememangnya tidak lekang dengan kontroversi. Isnin lalu berikutan seorang pelajar berdemonstrasi di pentas konvokesyen.

Namun, di celah-celah kekecohan insiden melanggar protokol majlis itu, ada lagi kisah menarik yang dilakukan graduan lain, kali ini melibatkan Pusat Pengajian Kebudayaan – menerima skrol dengan tarian.  

Dimuat naik oleh Izhar fahmie di Twitter, rakaman  43 saat memaparkan sekumpulan graduan menari-nari sebelum menerima skrol ijazah. Rakaman itu menarik lebih 282,000 tontonan dengan lebih 18,000 mengulang siar hantaran pada 14 Oktober lalu.

Seramai lima graduan memperaga tarian masing-masing; zapin, ballet, ada tarian masyarakat India diiringi sorakan hadirin di Dewan Tuanku Canselor.

Tidak pasti sama waktu tarian mahasiswa sarjana muda seni tarian dan insiden plakad  berlaku pada hari sama atau berasingan.

“Kan seronok macam ini. Nak viral pun best. Ini angkat kad manila (plakad). Mesti keseorangan kanda rasa,” kata Aliffshanusi mengulas persembahan mahasiswa pusat itu.

Cakap-cakap di ruangan komen, tindakan pelajar pusat pengajian itu adalah “tradisi” setiap tahun dan ia dilakukan selepas dekan membuat permohonan rasmi.

“Fakulti Pusat Kebudayaan untuk bidang tari sahaja yang dibenarkan. Dekan mereka setiap tahun akan minta kebenaran rasmi untuk buat ni,” kata Ruszaini Ruslan.

“Ia mengejutkan UM membenarkan ini (sejak video viral seorang lelaki protes atas pentas) tapi saya pasti ini akan menjadi sesuatu yang diingati buat mereka,” kata Nazrol Abdullah

Ada juga pengunjung Twitter yang tertarik dengan gaya mahasiswa Pusat Kebudayaan, malah ada juga menyindir dengan bertanya gaya mahasiswa fakulti lain. 

Izzulirsyad1114: Menarik gila… Boleh kot ambil jurusan ni nanti

Helmiee: Aku sanggup duduk lama-lama kat dalam tu tengok mereka graduasi!

Azz: Eh! Comel lah mereka menari. Dah lama kot benda ni. Khas untuk jurusan tarian ja. Jadi universiti faham, eh! Orang lain lak panas.

Asraf Ahmad: Habis tu graduan Matematik dia kena ambil skrol sambil tekan kalkulator ke?

UTAMAGAYA HIDUPGraduan UM menari di pentas konvo

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium