GST – Anwar berdolak dalih, dakwa kenyataan Najib mengelirukan - pakdin.my

gst 1 M

Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba berdolak dalih dalam isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dengan menegaskan semasa menjadi menteri kewangan, beliau tidak bersetuju GST dilaksanakan kecuali beberapa syarat dipatuhi terlebih dulu.

“Ini termasuk urus tadbir yang sesuai, ketelusan, tiada ketirisan dan pembaziran dan terpelihara daripada amalan rasuah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bekas timbalan Perdana Menteri itu mendakwa kenyataaan Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengaitkan beliau dengan persetujuan melaksanakan GST yang dibuatnya lebih 20 tahun lalu sebagai mengelirukan.

Menjawab dakwaan Perdana Menteri kelmarin, ketua pembangkang itu berkata, disebabkan bantahan yang ditunjukkannya pada waktu itu, GST tidak pernah dilaksanakan semasa beliau dipertanggungjawabkan menjaga kewangan negara.

“Di Parlimen, saya nyatakan dengan jelaskan GST mesti dijalankan dengan cara yang telus dan cekap, maksudnya prasyarat tertentu mesti dipenuhi sebelum ia dilaksanakan,” katanya.

Anwar berkata hari ini, sewaktu menerajui kementerian kewangan, beliau juga menekankan yang GST mesti bermula pada kadar rendah.

“Semua syarat tersebut tidak dipenuhi. Sebab itulah GST tidak pernah dilaksanakan semasa saya menjadi menteri kewangan,” katanya.

Anwar mendakwa, kenyataan Najib itu ‘tidak jujur dan mengelirukan.’

Najib dalam Majlis Penerangan Perdana GST, pada Selasa menyatakan, menteri kewangan pertama yang sebut hasrat kerajaan hendak laksanakan GST pada 1992 dalam ucapan bajetnya adalah Anwar.

“Pada 30 Oktober 1992, Anwar menyebut GST akan dilaksanakan pada tahun depan, tetapi dia buat ‘u-turn’,” katanya, sambil menambah GST juga pernah diumumkan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Pengumuman pelaksanaan GST bermula April depan diumumkan Najib ketika pembentangan Bajet 2013 di Parlimen dengan kadar 6% menggantikan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang kini dikenakan pada kadar 16%.

Berdasarkan penerangan kerajaan, GST yang bakal dilaksanakan kelak memastikan ianya telus, cekap dan mesra perniagaan.

GST juga dilaksanakan pada kadar rendah dengan 6 % peratus sahaja.

Ini bermakna, apa yang dibimbangi Anwar dahulu sudah diambil kira kerajaan dan adalah sesuatu yang pelik apabila beliau tidak mahu mengakui kebaikan GST dengan kenyataannya.

UTAMAPOLITIKGST - Anwar berdolak dalih, dakwa kenyataan Najib mengelirukan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium