GST: DiGi sokong mekanisme formula ‘RM10-untuk-RM10’ - pakdin.my

digi-reload

DiGi.Com Bhd menyokong cadangan bahawa pengguna berhak menerima masa berbual prabayar bernilai RM10 apabila membeli nilai prabayar pada harga yang sama, kata Ketua Pegawai Eksekutif, Albern Murty.

Menurut beliau, penyedia telekomunikasi ketiga terbesar di negara ini itu juga menyokong cadangan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek untuk menetapkan mekanisme formula ‘RM10-untuk-RM10’, yang berkaitan dengan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi perkhidmatan prabayar.

“Kami bekerjasama dengan menteri untuk memastikan bahawa kami dapat merealisasikan cadangan beliau,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan syarikat itu, di sini hari ini.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia baru-baru ini mengeluarkan arahan kepada syarikat-syarikat telekomunikasi supaya mengembalikan harga kad prabayar kepada harga sebelum GST.

Bagaimanapun, arahan itu, yang sepatutnya dilaksanakan pada 1 Mei, ditangguhkan selepas Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Dr Halim Shafie membuat kenyataan bahawa kad prabayar akan terus dijual dengan memasukkan caj GST, menyebabkan kementerian turut terlibat dalam menangani isu itu.

Syarikat telekomunikasi menghadapi kesukaran untuk mematuhi arahan tersebut dalam tempoh masa yang singkat, kata Halim.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pada akhir suku pertama berakhir 31 Mac 2015, DiGi mengumpul 11.7 juta pelanggan, dengan 9.9 juta atau 85 peratus membabitkan pelanggan prabayar dengan hasil purata setiap pengguna (ARPU) sebanyak RM39.

UTAMAGST: DiGi sokong mekanisme formula ‘RM10-untuk-RM10’

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium