GST harus, berpandu parameter syarak – Jawatankuasa Fatwa - pakdin.my

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan

Pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang telah dilaksanakan bermula 1 April lalu adalah harus mengikut hukum syarak selagi mana terdapat keperluan dan maslahah untuk negara dan rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abd. Shukor Husin berkata, walau bagaimanapun pelaksanaan cukai baharu itu hendaklah tertakluk kepada enam parameter syarak.

Beliau berkata enam parameter itu adalah:

* Kerajaan komited melaksanakan syariat Islam

* Kerajaan memerlukan sumber kewangan.

* Cukai yang dikutip hanya untuk memenuhi Maslahah Dharuriyat dan Hajiat seperti memenuhi tanggungjawab sosial dan kepentingan rakyat serta untuk keperluan jihad fi sabilillah.

* Bebanan cukai dikutip secara adil.

* Cukai dibelanjakan untuk Maslahah Umum bukan untuk maksiat

* Agihan cukai hendaklah bertepatan dengan ijtihad ulama semasa dan setempat.

“ Oleh itu, adalah tidak tepat sekiranya terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa keputusan yang telah dibuat oleh muzakarah terhadap isu GST adalah berdasarkan hujah longgar dan tidak menepati hukum syarak kerana bersandarkan kepada maslahah,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Abd. Shukor berkata, istilah maslahah dalam konteks keharusan GST perlu difahami dalam konteks yang luas dalam hukum fiqh iaitu maslahah dharuriyat dan hajiat.

UTAMAGAYA HIDUPAGAMAGST harus, berpandu parameter syarak - Jawatankuasa Fatwa

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium