GST: Kedai Serbaneka 24 Jam Dikesan Ambil Kesempatan Pelaksanaan Cukai - pakdin.my

Gambar hiasan
Gambar hiasan

KUANTAN  — Sebuah kedai serbaneka 24 jam di sebuah pusat pusat beli-belah di sini dikesan mengambil kesempatan menaikkan harga kad tambah nilai prabayar telefon dengan alasan disebabkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP).

Premis itu dikesan berbuat demikian dalam pemeriksaan khas dijalankan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pahang dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) negeri pada Rabu.

Timbalan Pengarah KPDNKK Pahang, Alwi Abdul Hamid berkata pihak premis itu diberi notis untuk memberikan penjelasan dalam tempoh tiga hari dan tindakan akan diambil jika gagal berbuat demikian.

Premis itu didapati menjual kad prabayar bernilai RM10 dengan harga RM10.50, walaupun sebelum ini kerajaan mengumumkan khidmat telekomunikasi pasca bayar dan prabayar tidak dikenakan CBP yang mula dilaksanakan Rabu, katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata, KPDNKK negeri dengan kerjasama KDRM akan melakukan pemeriksaan sehingga 14 April ini untuk memastikan peniaga serta syarikat mematuhi arahan selain memantau harga barangan dan perkhidmatan susulan pelaksanaan CBP.

Alwi berkata, sejak 15 Jan sehingga 31 Mac lepas, pihaknya telah menjalankan pemeriksaan terhadap 30,012 premis di seluruh negeri bagi tujuan pematuhan CBP dan mengedarkan 10,000 buku panduan CBP kepada pengguna.

UTAMAGST: Kedai Serbaneka 24 Jam Dikesan Ambil Kesempatan Pelaksanaan Cukai

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium