GST: Pensyarah Di Dakwa Dibawah Kesalahan Berkaitan Cukai Barang Dan Perkhidmatan (video) - pakdin.my

pensyarah-didakwa-kesalahan-gst

Seorang pensyarah sebuah universiti dibebaskan dengan jaminan berhubung kesalahan berkaitan cukai barang dan perkhidmatan, GST.

Pensyarah berusia 34 tahun itu adalah individu pertama di Selangor yang ditahan kerana kesalahan berkaitan GST.

Pensyarah berkenaan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam siang tadi.

Bagaimanapun Penolong Pendaftar Mahkamah, Syajaratudur Abd Rahman menolak permohonan perintah reman. Alasannya, pensyarah berkenaan tidak akan melarikan diri kerana mempunyai komitmen terhadap tugasnya di universiti.

Pegawai Penyiasat Jabatan Kastam, Abdul Hadi Ismail berkata pensyarah berkenaan ditahan di sebuah restoran di Setia Alam semalam. Ini selepas dia yang membantu perniagaan restoran isterinya, dikatakan mengeluarkan sekeping resit tanpa mematuhi syarat GST.

Ketika tangkapan dilakukan, isteri pensyarah berkenaan tidak berada di dalam premis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 33 (2)(b) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014. Sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM 30,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

 

 

UTAMABERITAGST: Pensyarah Di Dakwa Dibawah Kesalahan Berkaitan Cukai Barang Dan Perkhidmatan (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium