29.3 C
Kuala Lumpur
Friday, December 4, 2020

GST: RAKYAT JANGAN BIAR DIKELIRUKAN PEMBANGKANG

gst 1 M

Rang Undang-Undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sudah pun diluluskan di Dewan Rakyat pada 7 April.

Ini bermakna, kerajaan mengikuti langkah 160 negara lain untuk mula melaksanakan GST kira-kira setahun dari sekarang atau tepatnya pada 1 April 2015.

Seperti kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, GST dilaksanakan setelah kerajaan mendapati cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST) ketika ini mempunyai kelemahan tertentu seperti kesan cukai berganda ke atas pengguna, ketiadaan pelepasan cukai ke atas barang yang dieksport dan isu pindahan harga.

Lebih jelas, GST merupakan gantian kepada dua cukai yang akan dimansuhkan iaitu cukai jualan dan cukai perkhidmatan dan BUKANLAH cukai tambahan baru.


gst2Realitinya, kadar inflasi kini adalah pada tahap yang rendah di paras dua peratus dan kerajaan yakin bahawa inilah masa yang terbaik untuk melaksanakan GST kerana kadar inflasi adalah minimum dan terkawal.

Sehingga tarikh pelaksanaannya, pihak pembangkang tentu akan terus memanipulasi sistem cukai ini dengan momokkan kononnya GST akan membebankan rakyat kerana banyak barangan keperluan harian akan dikenakan cukai.

Justeru itu, rakyat perlu bijak mencari maklumat mengenai GST melalui penerangan oleh kerajaan supaya mereka lebih maklum kebaikan daripada pelaksanaan sistem itu kelak.

Mereka tidak boleh terima bulat-bulat hujah pembangkang dalam isu GST ini kerana sebahagian besar daripada mereka juga tidak faham atau keliru berhubung isu ini.

Sebab itu, ada antara ahli parlimen pembangkang yang mengeluarkan fakta mengelirukan serta tidak tepat mengenai GST.

Ada yang menyokong tetapi memberi alasan bukan sekarang masanya untuk melaksanakan sistem percukaian itu yang menekankan kepada lebih besar berbelanja, bermakna lebih tinggi cukai perlu dibayar.

Lebih malang ahli parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika membahaskan rang undang-undang berkenaan, memberi gambaran seolah-olah sekarang ini tiada cukai dan mendakwa kerajaan ingin mengadakan cukai.


Ini adalah contoh kenyataan yang mengelirukan rakyat sedangkan kerajaan ketika ini melaksanakan SST dengan perkiraan cukai jualan iaitu lima dan 10 peratus manakala cukai perkhidmatan pula enam peratus.

Jumlah cukai sehingga 16 peratus ini tentulah lebih tinggi berbanding kadar cukai GST sebanyak 6 peratus.

Dalam erti kata lain, sistem percukaian sekarang lboleh dikira agak menekan rakyat secara tidak adil tetapi tidak pernah pihak pembangkang mendesak kerajaan menghapuskan SST.

Pembangkang lebih kepada cuba menjadi ketam untuk mengajar anak berjalan betul.

Kerajaan pula membuat perancangan teliti supaya rakyat tidak terkesan akibat pelaksaan GST kerana ada beberapa item yang harganya mungkin naik pada tahun pertama atau kedua GST dilaksanakan.

Justeru, dalam usaha mengurangkan bebanan rakyat, pelbagai bantuan sokongan semasa peringkat peralihan seperti bantuan tunai secara one-off sebanyak RM300 akan diberikan kepada penerima isi rumah yang mendapat Bantuan Rakyat 1malaytsia atau BR1M.


Selain itu, tambah kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan satu hingga tiga mata peratusan manakala struktur cukai pendapatan individu akan disusun semula untuk menjadikan negara lebih kompetitif di samping mengekal dan menarik bakat serta tenaga mahir dalam negara.

Melalui GST yang menjanjikan penambahbaikan, kerajaan akan lebih adil, telus dalam kutipan cukai manakala ia baik kepada rakyat atau pengguna, baik kepada pemborong serta baik kepada pelabur-pelabur.

Rakyat seharusnya tidak mudah termakan cerita-cerita buruk pembangkang mengenai GST kerana dikalangan mereka sendiri ada yang keliru terhadap sistem tersebut .

Bagi yang tahu dan faham kaedah sistem percukaian, mereka tahu GST akan memberi kesan baik kepada rakyat dan kerana bimbang rakyat akan terus memberi sokongan kepada kerajaan, sebab itu mereka terpaksa memburuk-burukkan dan menentang pelaksaan GST.-

Berita Berkaitan

Peja tumbang kerana beberapa perkara tidak disenangi UMNO – Najib Razak

Penunggang Agama (PAS) dan Penunggang Bangsa (PPBM) mula membuat propaganda UMNO mengkhinati bangsa kerana...

Peja ucap terima kasih dan “I Miss You Guys” khusus kepada rakan dalam kerajaan PH

Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu menyampaikan penghargaan khusus kepada Pakatan Harapan (PH) selepas...

MB Perak tumbang, kalah usul undi percaya

Usul undi percaya terhadap Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu yang diadakan di Dewan...

Berita ‘Umno buat soal selidik kemungkinan bekerjasama dengan PKR, DAP’ nak tutup sisatan semula video semburit

Berita yang di petik dari 'sumber' kononnya tetapi tidak pernah diketahui sumbernya sebenarnya berniat...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...