GST vs SST: Pengiraan Malaysiakini lebih tepat berbanding Astro Awani - pakdin.my

#KERAjaanTomato #KosSaraHidup #RakyatSengsara #RakyatMemilih #MalaysiaBaru

Malaysiakini yang tidak mempunyai pemilik Billionaire, boleh buat pengiraan SST dan GST dengan lebih tepat berbanding Astro AWANI yang saya yakin mempunyai sumber kewangan yang lebih kuat dan mencukupi.

Saya juga baru perasan penerangan GST vs SST: MANA LAGI MURAH oleh Luqman Hariz bukan sahaja tidak tepat untuk GST, tetapi juga SST.

Untuk GST kesilapan Awani adalah tidak mengambil kira peniaga yang boleh menuntut kredit cukai input seperti yang pernah diterangkan: https://pakdin.my/gst-vs-sst-penerangan-dan-pengiraan-astro-awani-salah/

Manakala untuk SST atau cukai jualan 10%, Awani juga tersilap dengan mengatakan bahawa cukai jualan 10% hanya dikenakan kepada margin keuntungan sedangkan 10% tersebut dikenakan ke atas nilai jualan di peringkat pembuatan (manufacturing).

Sehingga hari ini belum ada pembetulan yang dibuat oleh pihak Astro Awani.

Malaysiakini pun faham tentang GST & SST dan boleh tunjukkan pengiraan yang betul, tapi Astro Awani gagal serta mengelirukan rakyat Malaysia.

Tak tahulah motif mereka untuk tunjuk SST lebih bagus daripada GST atau memang nak mengampu government of the day.

Hakikatnya pemahaman dan pengiraan mereka salah.

Cukup-cukuplah jadi jurucakap Kerajaan. Media yang bebas adalah yang menyebarkan kebenaran. Kerajaan ada RTM & Bernama untuk buat kerja penerangan dasar-dasar Kerajaan.

GST vs SST: Pengiraan Malaysiakini lebih tepat berbanding Astro Awani

GST vs SST: Pengiraan Malaysiakini lebih tepat berbanding Astro Awani GST vs SST: Pengiraan Malaysiakini lebih tepat berbanding Astro Awani GST vs SST: Pengiraan Malaysiakini lebih tepat berbanding Astro Awani

Rujukan:

  1. Sales Tax in Malaysia: https://www.nbc.com.my/sales-tax-in-malaysia.html
  2. Cukai Jualan – Kastam Diraja Malaysia:
    http://www.customs.gov.my/en/faq/Pages/faq_stx.aspx

  3. GST dan SST apakah perbezaannya dan mengapa ia penting – Malaysiakini: https://m.malaysiakini.com/news/435234

  4. GST vs SST – Mana Lebih Murah? http://www.astroawani.com/video-malaysia/gst-vs-sst-mana-lagi-murah-235889

………………..
https://pakdin.my/tag/gst

UTAMAEKONOMIGST vs SST: Pengiraan Malaysiakini lebih tepat berbanding Astro Awani

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium