Apakah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA)

Tinjauan Bidang Ekonomi Utama Negara

Dua belas Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) menjadi teras ETP. NKEA ditakrifkan sebagai pemacu kegiatan ekonomi yang berpotensi memberi sumbangan secara langsung yang penting kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia, dengan nilai yang boleh diukur.

Oil, Gas & Energy

Palm Oil

Financial Services

Tourism

Business Services

Electronics & Electrical

Wholesale & Retail

Education

Healthcare

Communications & Infrastructure

Agriculture

Greater Kuala Lumpur

 

 

12 NKEAS Dua belas NKEA yang dimaksudkan ialah: Minyak, Gas dan Tenaga; Minyak Sawit; Perkhidmatan Kewangan; Pelancongan; Perkhidmatan Perniagaan; Elektrik dan Elektronik; Pemborongan dan Peruncitan; Pendidikan; Penjagaan Kesihatan; Kandungan dan Infrastruktur Komunikasi; Pertanian; dan Kuala Lumpur dan Kawasan Sekitar/ Lembah Klang.

NKEA tersebut dipilih atas kelebihannya sebagai penjana pertumbuhan penting pada masa depan dan sumbangan yang dijangkakan daripada sektor tersebut kepada PNK pada 2020 akan membantu Malaysia mencapai status pendapatan tinggi. Di samping 11 sektor industri, Kuala Lumpur dan Kawasan Sekitar/Lembah Klang telah dipilih sebagai NKEA menerusi proses berasingan. Kuala Lumpur buat masa ini mewakili kira-kira satu pertiga daripada KDNK Malaysia. Kawasan bandar raya adalah pemacu pertumbuhan penting, dan Kuala Lumpur yang pesat membangun sangat penting kepada kekuatan dan prestasi keseluruhan ekonomi. Portfolio sektor NKEA akan ditambah baik dari semasa ke semasa, bergantung pada prestasi pelbagai sektor ekonomi. Proses teliti akan dilaksanakan untuk mengeluarkan sektor pertumbuhan perlahan daripada portfolio dan pada masa yang sama mengenal pasti pemacu pertumbuhan yang semakin berkembang pesat.

Mengapa Tumpuan Terhadap NKEA itu Penting?

Pertumbuhan pada masa lepas didorong terutamanya oleh strategi pemelbagian sektor yang memang dirancang.

Pada mulanya, daya saing di pelbagai sektor dapat disokong oleh paras kos kita yang rendah.

Namun begitu, strategi sektor yang terlalu terpelbagai tidak dapat diteruskan lagi kerana Malaysia tidak boleh bergantung pada kos rendah sebagai kelebihan daya saing.

Dalam ekonomi global hari ini, rangkaian pengeluaran semakin bersifat serantau, justeru mendorong penyepaduan serantau yang lebih luas. Hasrat Malaysia untuk berpindah kepada aktiviti bernilai tinggi dan berpaksikan pengetahuan memerlukan pengkhususan, dari segi mencapai takat ambang dan mewujudkan ekosistem syarikat dan kakitangan berbakat untuk meraih ekonomi skala.

Ada lima sebab tumpuan terhadap sebilangan kecil sektor adalah penting untuk menjana manfaat ekonomi untuk rakyat Malaysia:

Menjajarkan dasar dengan bersepadu
Tumpuan jelas terhadap sektor utama bermakna lebih mudah untuk menyampaikan agenda yang terselaras dan rapi;

Elakkan pelaburan subskala
Untuk mencapai kesan ketara yang berkekalan, pelaburan yang dibuat dalam sektor khusus seharusnya cukup besar;

Rangka tawaran nilai yang jelas
HBilangan sektor diutamakan yang terhad jelas memaparkan nilai yang ditawarkan oleh negara, yang boleh disampaikan dengan mudah kepada pelabur tempatan dan asing;

Waktu kerajaan yang amat terhad (Perdana Menteri dan pegawai kanan) boleh diperuntukkan dengan cara yang bermakna mengikut bidang keutamaan; dan

Meningkatkan kualiti pemantauan
adalah lebih mudah untuk mengukur dan memantau prestasi bilangan sektor terhad, justeru meningkatkan kemungkinan kesan ekonomi dapat dicapai.

Ikrar Integriti Korporat

Apakah maksud Ikrar ini?

Ikrar Integriti Korporat ialah dokumen yang membenarkan sesebuah syarikat untuk membuat komitmen untuk mendukung Prinsip Pencegahan Rasuah untuk Syarikat Korporat di Malaysia.

Dengan menandatangani ikrar ini, sesebuah syarikat membuat keputusan satu pihak (unilateral) bahawa syarikat tidak akan terlibat dalam jenayah rasuah, dan akan berganding bahu untuk mewujudkan persekitaran perniagaan yang bebas daripada rasuah dan mendukung Prinsip Pencegahan Rasuah untuk Syarikat di Malaysia dalam urusan perniagaan dan interaksinya dengan rakan perniagaan dan juga Kerajaan.

Bagaimana saya menyempurnakan Ikrar ini?

Salinan elektronik Ikrar boleh dimuat turun di laman web Institut Integriti Malaysia www.iim.com.my.

Anda boleh menggunakannya untuk mencipta satu salinan untuk ditandatangani. Dokumen Ikrar piawai boleh disempurnakan menerusi mohor syarikat, tetapi anda boleh menyempurnakan dengan apa jua cara selagi ia merupakan kaedah sah untuk menyempurnakan dokumen sedemikian oleh syarikat anda, berasaskan dokumen penubuhan syarikat yang berkenaan dan di bawah undang-undang yang berkaitan dengan syarikat.

Apakah kesan menandatangani Ikrar?

Kesannya ada dua: pertama, sesebuah syarikat akan membuat pendirian jelas tentang cara ia beroperasi, yang dilakukan secara bertulis – dan ini akan menjadi panduan kepada syarikat dalam interaksi perniagaannya, iaitu sekiranya menghadapi situasi di mana sebarang pembayaran diterima atau aktiviti lain yang membabitkan rasuah.

Kedua, syarikat boleh menggunakan Ikrar ini untuk membezakan dirinya daripada syarikat lain dengan menunjukkan kepada pihak berkepentingan bahawa operasi perniagaannya tidak termasuk sebarang risiko atau kos terlindung yang dikaitkan dengan gejala rasuah. Dengan menandatangani ikrar ini, syarikat boleh disenaraikan dalam daftar penandatangan yang dipaparkan di laman web Institut Integriti Malaysia, dan juga boleh dilayari menerusi laman web di Bursa Malaysia Berhad.

Adakah pematuhan kepada Ikrar ini dipantau?

Ikrar ini ialah alat yang digunakan oleh syarikat dan bukan satu bentuk instrumen peraturan.

Perlanggaran ikrar, contohnya jika syarikat penandatangan didapati terlibat dalam rasuah – tidak akan dikenakan sebarang tindakan guaman (undang-undang?) di bawah ikrar secara sendirinya. Sebaliknya, Ikrar ini akan dikuatkuasakan menerusi laporan sendiri oleh syarikat, untuk memenuhi permintaan pemegang kepentingan, sejajar dengan model yang diguna pakai di bawah Prinsip Ke-10 UN Global Compact. Pematuhan kepada Ikrar dipantau setakat mana sebarang pendedahan lain yang tidak diwajibkan oleh mana-mana syarikat kepada pihak berkepentingannya dipantau – menerusi pengawasan dan desakan pihak berkepentingan.

Dengan menandatangani ikrar oleh syarikat dan memasukkan nama syarikat dalam senarai penandatangan, ini bukannya bermakna bahawa pensijilan, penilaian atau taksiran telah dibuat oleh Institut Integriti Malaysia atau mana-mana pihak berkuasa kawal selia atau pihak lain yang bekerjasama menyediakan ikrar ini yang memperakui integriti penandatangan.

Namun begitu, satu sistem sedang dirangka untuk menambah baik pemantauan penandatangan, bagi memudahkan semakan silang untuk menentukan sama ada penandatangan didapati menjalankan kegiatan yang bertentangan dengan syarat Ikrar.

Bagaimana untuk memasukkan syarikat saya dalam senarai penandatangan?

Syarikat yang mahu disertakan dalam senarai penandatangan di laman web boleh memaklumkan Institut Integriti Malaysia dengan menyimpan satu salinan ikrar yang disempurnakan di pejabat mereka di alamat di bawah menerusi pos, faks atau e-mel:

Pengarah
Sektor Swasta
Tingkat 7, Menara Integriti
Persiaran Duta Off Jalan Duta
50480 Kuala Lumpur
Faks: 03-62092067
Emel: swasta@iim.com.my
Tel: 03-62092061/62/66

Bagaimana saya boleh menyemak senarai penandatangan?

Mana-mana syarikat yang telah menyempurnakan ikrar boleh memaklumkan pihak berkepentingan dengan mengemaskinikan maklumat menerusi laman web Institut Integriti Malaysia di www.iim.com.my

Pihak berkepentingan sesebuah syarikat boleh menyemak senarai secara langsung di laman web Institut Integriti Malaysia Malaysia atau menerusi laman web Bursa Malaysia Berhad di www.bursamalaysia.com.

Siapa yang mengeluarkan Ikrar ini? Perlukah saya menandatanganinya?

Ikrar ini tidak dikeluarkan oleh mana-mana satu pengawal selia atau pihak berkuasa tetapi hasil usaha sama antara Bursa Malaysia Berhad, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Institut Integriti Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia & Bahagian Pemantauan & Penyelarasan Rasuah NKRA, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Transparency International Malaysia dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan, Pejabat Perdana Menteri.

Perkhidmatan ini disediakan menerusi Institut Integriti Malaysia, yang juga menyimpan senarai penandatangan.  Ikrar ini ialah satu alat sukarela, untuk membantu syarikat menyedari betapa pentingnya amalan pencegahan rasuah dalam sesebuah perniagaan kompetitif, yang beroperasi dalam pasaran yang semakin bersifat global.

Apa yang berlaku jika saya sedar rasuah berlaku dalam syarikat? Adakah Ikrar ini akan membantu saya?

Anda harus melaporkan sebarang kegiatan yagn menyalahi undang-undang atau peraturan kepada pihak berkuasa yang berkaitan, dan melaporkan rasuah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (anda boleh menelefon talian percuma mereka di 1-800-88-6000). Ikrar ini ialah alat tambahan bagi syarikat untuk menggalakkan mereka menyediakan program pencegahan rasuah dan sistem dan proses dalaman mereka sendiri.

Pendek kata, Ikrar ini membantu syarikat perniagaan mengambil langkah pertama untuk mencari jalan membanteras rasuah dan meningkatkan kemungkinan untuk mengesan kegiatannya. Ia tidak mengubah undang-undang yang sedia ada atau infratruktur penguatkuasaan undang-undang berkaitan dengan rasuah.

Apa yang berlaku selepas saya menandatangani Ikrar?

Program jangka panjang bertujuan mendorong syarikat bertukar secara beransur-ansur kepada penilaian diri, mengenal pasti jurang dan rancangan tindakan untuk merapatkannya dan akhirnya melaporkan langkah mencegah rasuah, sejajar dengan Panduan Laporan UN mengenai Prinsip Ke-10 di Bawah Global Compact.

Pihak yang bekerjasama di bawah Ikrar ini akan berganding bahu dengan penandatangan untuk menyusun rancangan tindakan tentang cara menjayakan lagi Ikrar ini.

Apakah Perjanjian Integriti Korporat?

Bagi syarikat yang mahu menerapkan dasar pencegahan rasuah dalam interaksi bersama rakan perniagaan, Perjanjian Integriti Korporat ialah cara yang baik untuk membulatkan komitmen anda kepada mereka.

Selain daripada perakuan anda tentang komitmen anda terhadap Ikrar, anda boleh membuat komitmen dua hala dengan rakan niaga anda, sama ada vendor, pembekal, rakan JV atau sebarang pihak lain menggunakan prinsip yang sama. Perjanjian ini boleh dibuat secara bebas atau digabungkan dalam dokumentasi hubungan kontrak sedia ada anda.

Apakah kesan menandatangani Perjanjian Integriti Korporat?

Perjanjian Integriti Korporat disediakan sebagai alat membantu syarikat mencapai persetujuan bahawa adalah menjadi dasar syarikat untuk melaksanakan urusan perniagaan bersih dengan satu sama lain dan pematuhan kepada syarat perjanjian tidak akan dipantau oleh mana-mana pihak berkuasa kawal selia atau agensi.

Apabila dimeterai, syarat perjanjian adalah antara dua penandatangan dan diberi kuasa yang sama seperti mana sebarang syarat kontrak lain. Sebarang tindakan atau peruntukan kerana melanggar syarat tersebut, jika ada, adalah perkara yang akan ditentukan oleh pihak terbabit berasaskan dokumentasi sebenar mereka.

Leave a Reply

Please Login to comment
  Subscribe  
Notify of