Guan Eng dampingi gereja selamatkan kedudukan – @cmlimguaneng #ABCD-Asal Bukan Cina DAP

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Lucky Alamsyah segera diperiksa polisi terkait tudingan tabrak lari

Mudah-mudahan yang bersangkutan kooperatif untuk datang Jakarta (ANTARA) - Polda...

Saham Serba Dinamik jatuh pagi ini setelah melonjak tinggi semalam

Harga saham Serba Dinamik Holdings Bhd jatuh pada perdagangan...

Sukan : Malaysia atasi Thailand 1-0, nyalakan peluang ke Piala Asia 2023

Harapan Malaysia untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia...

10 preman pemeras sopir truk pasar Tanah Abang diamankan

Modusnya mereka menghalangi truk barang yang mau keluar pasar Jakarta...

KUALA LUMPUR : Tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berdialog dengan kira-kira 300 pemimpin gereja di Pulau Pinang baru-baru ini dilihat sebagai satu usaha untuk menyelamatkan kedudukan politik beliau.

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata, selain mengukuhkan kedudukan sebagai Ketua Menteri, tindakan itu juga dilakukan oleh Guan Eng bagi mengekalkan Dinasti Lim dalam kancah politik.

Tegas beliau, kedudukan pakatan pembangkang akan difikirkan kelak selepas merasakan kedudukan Ketua Menteri Pulau Pinang itu stabil dan mendapat sokongan dalam kalangan pemimpin-pemimpin gereja.

”Itu merupakan tujuan tunggal Guan Eng iaitu menyelamatkan kedudukan peribadi beliau. Beliau juga mahu menyelamatkan Dinasti Lim dalam politik.

”Jika telah mendapat kedudukan dan sokongan, baru Guan Eng mahu memperbetulkan pembangkang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Protal berita propembangkang, Malaysiakini kelmarin melaporkan Guan Eng dalam program dialog di Pulau Pinang menyeru penganut Kristian tidak berdiam diri walaupun berasakan mereka ‘tidak bersalah, suci dan tidak terlibat dalam perbuatan salah.’

Guan Eng berkata, walaupun penganut kristian bertanggungjawab di hadapan tuhan, adalah penting untuk mereka menyuarakan ‘keadilan untuk semua’ – slogan yang juga menjadi seruan pakatan pembangkang.

Tambah Choo Keong, usaha Guan Eng itu juga dilihat sebagai satu tindakan untuk menanam semangat politik kebencian antara kaun dan penganut yang berkemungkinan akan mencetuskan masalah perkauman.

Katanya, tindakan itu satu yang tidak sihat dan boleh menimbulkan suasana huru hara dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Mengulas isu yang sama, bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong berkata, tindakan memberi ceramah atau berdialog di gereja sememangnya menjadi perkara biasa buat pemimpin DAP.

Katanya, ia jelas terbukti semasa pilihanraya umum Serawak pada 2011 apabila beberapa ahli parlimen pembangkang yang beragama Kristian menggunakan gereja dan kekuatan rumah ibadat untuk berkempen.

“Perkara ini telah menjadi kebiasaan kepada mereka. Oleh itu rakyat perlu faham sekiranya ia tidak dijaga dan ditanggani dengan baik, institusi keagamaan akan runtuh.

“Kempen atau program yang dilakukan di rumah ibadat itu bukan ke arah keagamaan sebaliknya ke arah politik,” katanya.

Sementara itu, bekas pemimpin DAP, Tat Tuan Tat berkata, tindakan Guan Eng itu sesuatu yang tidak baik.

Katanya, tindakan mendekati pemimpin gereja itu dilihat salah satu cara untuk menarik penyokong menjelang pilihan raya umum akan datang.

“Guan Eng tidak perlu bersusah payah jika mahu menang besar dalam pilihan raya umum akan datang. Apa yang penting beliau perlu menjaga kebaikan akar umbi terlebih dahulu,” katanya.

BACA juga:

Leave a Reply