30.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 1, 2020

Guan Eng Di Cabar Tunjuk Statistik Dan Lokasi Rumah Mampu Milik

guan-eng-poya2Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dicabar untuk menunjukkan statistik dan menentukan lokasi di mana kerajaan negeri telah membina beribu-ribu unit kediaman mampu milik.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, Lim “bercakap besar” bahawa mereka telah membina kediaman mampu milik. namun tiada siapa yang seolah-olah tahu lokasinya.

“Ini terutama apabila 100,000 keluarga di Pulau Pinang yang berpendapatan di bawah RM7,000 sebulan masih belum ke rumah sendiri, kerana harga rumah adalah di luar kemampuan mereka,” katanya.

Chua berkata, dakwaan Lim seterusnya adalah sebanyak 12,000 rumah mampu milik telah dibina oleh kerajaan dan sektor swasta sejak mereka memerintah pada tahun 2008.

Lim turut mengumumkan baru-baru ini bahawa negeri dan sektor swasta merancang untuk membina lagi 38,000 unit kediaman mampu milik.

“Ini semua hanya gembar-gembur sahaja. Tunjuklah kami statistik untuk membuktikan kami silap,” kata Dr Chua.

Beliau turut membidas kerajaan negeri Pakatan Rakyat kerana mengenakan tender tanah pada harga yang tinggi dan meningkatkan premium penukaran, sekali gus menyebabkan kenaikan harga rumah.


“Dengan premium penukaran di Pulau Pinang menjadi yang tertinggi di negara ini, saya rasa kerajaan Pulau Pinang tidak mahu membina rumah kos rendah,” katanya.

Dr Chua juga membidas kerajaan negeri kerana membenarkan pembinaan unit kediaman melebihi daripada kepadatan yang dibenarkan.

Kepadatan yang dibenarkan adalah 60 unit seekar.

“Apabila kepadatan adalah dua kali ganda, ia mewujudkan pelbagai masalah lain, termasuk kesesakan lalu lintas, masalah saliran, dan lain-lain masalah alam sekitar,” katanya.

Beliau juga berkata, Pulau Pinang berisiko menghadapi banjir kilat, hakisan dan tanah runtuh memandangkan aktiviti pemotongan bukit untuk pembangunan.

“Pada kadar ini, Pulau Pinang akan menjadi pulau yang ‘botak’ dan pulau untuk orang-orang kaya,” katanya.

Berita Berkaitan

Anwar janji lepas jawatan jika gagal tumbangkan PN, kata Pemuda PAN Bukit Bintang

Ketua Pemuda PAN Bukit Bintang, Sheikh Khuzaifah Bawazeer mendakwa Anwar Ibrahim berjanji akan melepaskan...

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...