Guan Eng Dikritik Kerana Kenyataannya Mengenai UEC - pakdin.my

LIMGUANENG-pas

Ketua Menteri Lim Guan Eng dikritik kerana mendakwa kerajaan negeri mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), hanya kerana lulusan UEC diambil berkerja sebagai Pengurus Besar di Penang Green Council (PGC).

Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong membidas Guan Eng kerana membuat dakwaan itu, dengan berkata majlis itu sebenarnya adalah sebuah syarikat swasta yang dipanggil PGC Strategies Sdn Bhd.

“Jika pekerja di syarikat Sdn Bhd boleh dilihat sebagai penjawat awam, di manakah standard seorang ketua menteri?

“Bagaimana syarikat Sdn Bhd boleh menjadi sebuah agensi kerajaan?” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan sebuah road show kewangan di sini Khamis.

Guan Eng pada sidang media berasingan memberitahu bahawa PGC Strategies Sdn Bhd adalah sebuah syarikat milik penuh dan dibiayai oleh kerajaan negeri. Beliau juga menjemput Dr Wee untuk melawat pejabatnya di tingkat 46 Komtar.

Beliau pada September berkata bahawa Pengurus Besar PGC Thing Siew Shuen adalah lulusan UEC.

Dr Wee pada Khamis juga menafikan bahawa dia telah berjanji UEC akan diiktiraf oleh Kerajaan Persekutuan seperti yang dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Cina memetik Guan Eng sebagai berkata.

Katanya, beliau hanya menyatakan bahawa usaha supaya UEC diiktiraf berjalan seperti yang dirancang.

Guan Eng dilaporkan menggesa Dr Wee memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana berjanji bahawa UEC akan diiktiraf oleh Kerajaan Persekutuan.

“Ketua Menteri Pulau Pinang telah memberikan kepada saya suatu hadiah yang besar, yang saya baca semasa penerbangan saya ke Pulau Pinang.

“Saya tidak pasti jika dia tahu bagaimana caranya untuk membaca surat khabar atau jika dia tahu bagaimana untuk membaca tulisan bahasa Cina. Saya tidak pernah berjanji bahawa UEC akan diiktiraf.

“Jika Guan Eng tidak faham bahasa, dia perlu mendapatkan seorang penterjemah yang baik.

UTAMAPOLITIKGuan Eng Dikritik Kerana Kenyataannya Mengenai UEC

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium