33.9 C
Kuala Lumpur
Monday, September 28, 2020

Guan Eng hanya minta maaf selepas dihentam – Tun M

Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak hairan dengan sikap berdolak dalih Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang akhirnya memohon maaf berikutan kenyataannya yang mendakwa kononnya Johor tidak selamat untuk pelabur asing.

Menurut bekas Perdana Menteri, tindakan Setiausaha Agung DAP itu memohon maaf kepada Sultan Johor dan rakyat negeri itu juga hanya dibuat selepas ia dihentam banyak pihak.

Beliau menyifatkan tindakan Guan Eng mengeluarkan kenyataan buruk mengenai Johor tidak wajar dilakukan kerana ia jelas memandang rendah kepada orang lain.

“Maaf atau tidak maaf, saya tak nak persoalkan. Bila orang boo (hentam), baru dia minta maaf, dia pandang rendah pada orang lain.

“Saya juga tak nak persoalkan apakah permohonan maaf dia (Guan Eng) itu ikhlas atau tidak,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu (UMT) kesembilan di universiti itu di Gong Badak dekat sini hari ini.

Dr. Mahathir diminta mengulas tindakan Guan Eng yang meminta maaf kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar serta seluruh rakyat Johor ekoran kenyataannya yang memburuk-burukkan negeri Johor tempoh hari.

Mengenai pendirian Pas yang tetap ingin melaksanakan hukum hudud di Kelantan, Dr. Mahathir menjelaskan, parti itu bukan sahaja menjadikan politik sebagai permainan mereka malah juga agama Islam.

Menurutnya, Pas sepatutnya mengambil kira dari segi rasional pelaksanaan hukum hudud itu memandangkan bukan semua penduduk beragama Islam.

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

Komen

..

[Video] GRS sebulat suara namakan Hajiji sebagai calon Ketua Menteri

GRS sebulat suara namakan Hajiji sebagai calon Ketua Menteri Kota Kinabalu – Gerakan Rakyat Sabah (GRS) telah bersetuju dengan sebulat suara untuk mencalonkan Datuk Hajiji...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan