Guan Eng #hatitisu sekat akaun Twitter Asyraf Wajdi

Kongsi:

KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki meluahkan kekesalannya terhadap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng apabila akaun Twitternya disekat hari ini.
Jelas Asyraf, beliau tidak menyangka Menteri Kewangan itu ‘berhati tisu’ dan tidak bersedia untuk menerima kritikan.

“Dulu waktu jadi pembangkang banyak mengkritik, tapi dah jadi kerajaan tidak bersedia untuk dikritik.

“Baru beberapa kali saya lontarkan kritikan terus di ‘block’ akaun Twitter saya. Come on Guan Eng, sudah jadi kerajaan kena bersedia juga dikritik,” katanya dalam satu kenyataan di akaun Facebooknya hari ini.

Dalam kenyataan yang sama, Asyraf turut meninggalkan tanda pagar (hashtag) #hatitisu sebagai sindiran tambahan kepada Guan Eng.

 

Kongsi:

Terkini

Sering dibaca

Dari FB Najib Razak

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.