Guan Eng patut tunai janji, bukan minta Sarawak bayar hutang - pakdin.my

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menempelak Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang bersikap angkuh dan sombong, malah sering mengeluarkan kenyataan bodoh.

Ini kerana bidasnya, Setiausaha Agung Dap itu meminta kerajaan negeri Sarawak untuk membayar hutang terlebih dahulu sebelum diberi peruntukan membaiki sekolah-sekolah yang daif di negeri tersebut.

“Sombong dan angkuh sungguh bila Guan Eng minta Sarawak untuk bayar hutang dulu sebelum dia bagi peruntukan pembaikan sekolah daif di Sarawak.

“Lim Guan Eng selalu sangat mengeluarkan kenyataan bodoh seperti itu. Sebelum ini Guan Eng mengatakan Sarawak akan bankrap.

“Tahun pertama Guan Eng sebagai Menteri Kewangan, dia ambil RM82 bilion dari Petronas. Saya pasti kebanyakan daripada duit RM82 bilion itu datangnya dari keuntungan Petronas di perairan Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Jelas Abdul Rahman lagi, ini berbeza dengan janji Guan Eng sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

“Sejurus tamat Temurapat (Retreat) politik Dap Kebangsaan sebelum PRU-14 yang lalu, Guan Eng dengan lantang mengumumkan bahawa kalau Pakatan Harapan (PH) menang PRU-14, mereka akan memberi keadilan kepada Sabah dan Sarawak yang kononnya dianaktirikan oleh Barisan Nasional (BN).

“Malah Lim Guan Eng terang-terangan mengatakan beliau bersetuju Sabah dan Sarawak diberikan 20% royalti minyak,” tegasnya yang turut melampirkan pautan berita berkaitan (lihat video dibawah).

Abdul Rahman yang juga bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri turut mengulas mengenai royalti bagi kedua-dua negeri tersebut.

“Pada 26 Julai 2018, The Edge Markets menyatakan jumlah 5% royalti minyak Sarawak ialah RM1.58 bilion. Ini bermakna tambahan 15% yang dijanjikan oleh Lim Guan Eng dan manifesto PH berjumlah RM4.74 bilion.

“Untuk Sabah pula jumlah 5% royalti minyak berjumlah RM1.32 bilion dan tambahan 15% pula berjumlah RM3.96 bilion,” ujarnya lagi. (Rujukan, klik di sini).

Justeru itu bidas Abdul Rahman lagi, seharusnya Guan Eng menunaikan janji sebelum meminta negeri bumi kenyalang itu membayar hutang.
“Guan Eng sepatutnya tidak perlu meminta Sarawak bayar hutang dahulu sebelum meluluskan peruntukan pembaikan sekolah daif di Sarawak. Begitu juga dengan Sabah. Lim Guan Eng perlu tunaikan janji untuk memberi tambahan 15% royalti minyak (RM3.96 bilion) kepada Sabah juga.

“Sebagai Menteri Kewangan, tunaikanlah janji dia dahulu untuk membayar tambahan royalti minyak 15% atau RM 4.74 bilion kepada Sarawak.

“Bukan saja pembaikan sekolah daif dapat dilaksanakan, hutang Sarawak kepada kerajaan pusat pun akan dapat dilangsaikan sepenuhnya,” katanya.

Lihat video: https://dai.ly/x5dzc59

UTAMABERITAGuan Eng patut tunai janji, bukan minta Sarawak bayar hutang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium