Guan Eng: SST akan kuatkuasa 10% jualan, 6% perkhidmatan - pakdin.my

#MalaysiaMemilih #MalaysiaBaru #KERAjaanTomato

Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini mengumumkan kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) akan dikuatkuasakan pada kadar 10% untuk jualan dan 6% untuk perkhidmatan, apabila rang undang-undang berkenaan cukai itu dijangka diluluskan di Parlimen bulan depan.

Dalam ucaptamanya pada Persidangan Cukai Kebangsaan 2018 di KLCC hari ini, beliau berkata SST dijangka memberikan hasil sebanyak RM4 bilion.

Kerajaan sebelum ini berkata SST akan menggantikan 6% cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 1 September.

Negara dijangka kehilangan RM21 bilion hasil tahun ini selepas GST berkadar pada 1 Jun lalu.

Bagaimanapun, pengenalan semula SST, ditambah dengan kenaikan harga minyak mentah dan dividen tambahan daripada syarikat berkaitan kerajaan, ia dijangka memberi hasil tambahan sebanyak RM14.4 bilion pada tahun ini.

…………
Rujukan:
https://pakdin.my/tag/gst

UTAMAEKONOMIGuan Eng: SST akan kuatkuasa 10% jualan, 6% perkhidmatan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium