Guan Eng tak letih berbohong, tapi yang dengar dah letih…. kan? – Ketua Pemuda MCA - pakdin.my

Guan Eng kata tiada cukai baharu

MCA mendakwa Lim Guan Eng cakap apa pun tidak betul

Ia susulan kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semasa melancarkan majlis pelancaran Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 memaklumkan kerajaan mungkin memperkenalkan beberapa cukai baru yang lebih cekap bagi meningkatkan hasil pendapatan negara.

Kenyataan itu bertentangan dengan jaminan Menteri Kewangan sebelum ini bahawa kerajaan tidak akan memperkenalkan cukai baharu termasuk cukai warisan.

“Tak mau cakap banyak tentang LGE (Lim Guan Eng) lagi la, dia cakap pun tak betul, beliau bohong tak letih, tapi yang dengar pun dah letih la …. kan?” kata Ketua Pemuda MCA, Nicole Wong.

Dr Mahathir berkata, Kerajaan Pakatan Harapan mungkin memperkenalkan sistem kutipan cukai baharu yang akan mengurangkan beban rakyat dan ia sedang mengkaji cadangan itu kerana sistem percukaian terdahulu tidak tertib dan tersusun sehingga menyebabkan ramai terlepas membayar cukai.

Sedangkan pada awal Ogos lalu, ketika merasmikan Persidangan Cukai Kebangsaan 2019, Guan Eng berkata, kerajaan tidak akan memperkenalkan cukai baharu termasuk cukai warisan dalam pembentangan Belanjawan 2020.

Malah, pada 11 September lalu, Guan Eng sekali lagi mengesahkan kerajaan tidak akan memperkenalkan sebarang cukai baharu kepada sektor swasta dan komuniti pelaburan dalam pembentangan Belanjawan 2020 yang diadakan pada Oktober ini.

Kata Menteri Kewangan itu, kerajaan akan meninjau ruang fiskal untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi sedia ada kerana paling penting adalah untuk memberi keutamaan kepada pembangunan ekonomi negara.

“Kami memang mempunyai beberapa peraturan fiskal sedia ada, namun jika perlu kami akan mengambil inisiatif dan langkah untuk memberi keutamaan kepada pertumbuhan ekonomi.

“Untuk memberi keyakinan kepada sektor korporat dan juga pelaburan, kerajaan tidak akan perkenalkan langkah-langkah atau percukaian baharu iaitu tambahan kepada cukai yang sedia ada,” katanya semasa merasmikan Menara Prudential. – MalaysiaGazette

Oleh Nicole Wong 王晓庭
https://www.facebook.com/1513447625538070/posts/2418830388333118/

UTAMAPOLITIKGuan Eng tak letih berbohong, tapi yang dengar dah letih.... kan? -...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium