Guan Eng Terkejut Kenyataan Azmin Isu Pemecatan 2 Adun PKR - pakdin.my

Tokong Lim Guan Eng kononnya tak pernah campur urusan negeri lain

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng melahirkan rasa terkejut berhubung kenyataan secara umum oleh Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengenai pemecatan dua Adun PKR Pulau Pinang sebagai pengarah syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC).

Lim berkata selama ini, isu-isu yang berbangkit dalam gabungan Pakatan Harapan dibincangkan secara tertutup dan menteri besar atau ketua menteri tidak pernah campurtangan dalam urusan negeri yang diterajui oleh Pakatan.

“Pernahkah anda melihat saya mengulas mengenai hal ehwal negeri lain yang ditadbir oleh Pakatan?

“Mungkin Azmin tidak dimaklumkan dengan jelas mengenai keadaan sebenar (mengenai isu),” katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang di sini pada Isnin.

Semalam, Azmin dilaporkan berkata bahawa kepimpinan PKR telah mencapai kesepakatan untuk menyokong Adun Bukit Tengah, Ong Chin Wen dan Adun Kebun Bunga, Cheah Kah Peng, yang dipecat selepas mereka bersikap berkecuali semasa mengundi terhadap usul mengenai penambakan tanah yang dibawa oleh Barisan Nasional semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Menteri Besar Selangor itu berkata biro politik pusat PKR telah menghantar surat kepada kerajaan negeri Pulau Pinang meminta diadakan perbincangan sewajarnya mengenai isu tersebut apabila mengetahui tentang cadangan untuk memecat kedua-dua ADUN berkenaan dari GLC dua minggu lepas.

Lim bagaimanapun berkata kerajaan negeri belum menerima surat tersebut.

Lim juga berkata beliau dimaklumkan bahawa PKR telah meminta kedua-dua merereka menemui beliau tetapi mereka tidak berbuat demikian.

“Setakat ini, tiada penjelasan bagi tindakan mereka. Jika (bekas Menteri Besar Selangor) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim disingkirkan kerana beliau terus enggan melaksanakan keputusan parti, maka prinsip yang sama terpakai (di Pulau Pinang),” kata beliau.

UTAMAPOLITIKGuan Eng Terkejut Kenyataan Azmin Isu Pemecatan 2 Adun PKR

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium