26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 3, 2020

Guan Eng Terpinga-Pinga Diserang Cina, Terpaksa Cari Jalan Lagakan Melayu-Cina Pula

lim-sian-see

Selepas PRU13, hubungan antara kaum di negara ini, khususnya Cina-Melayu berada pada tahap yang agak rendah kalaupun tidak terendah dalam sejarah negara selepas merdeka. Orang Melayu-Bumiputera melihat Cina sebagai kaum yang tidak berterima kasih kepada kerajaan kerana bukan sahaja melakukan pengkhianatan tetapi juga kerana membuat pelbagai desakan dan tuntutan yang tidak munasabah sehingga kerajaan pula dilihat terpaksa mengorbankan banyak kepentingan Melayu-Bumiputera semata-mata untuk mengambil hati golongan berkenaan.

Suka atau tidak, hakikat sejarah negara ini ialah, kemerdekaan diberikan oleh British setelah para pemimpin Melayu-Bumiputera bersetuju untuk menerima Cina dan India sebagai sebahagian daripada bebanan. Suka atau tidak, bebanan itu perlu dipikul dan perlu dipertanggungjawabkan. Dan suka atau tidak, pelbagai kerenah yang tidak mahu ditanggung oleh British, dialihkan ke bahu para pemimpin Melayu-Bumiputera pula.

Dek kerana itulah, perjuangan berdarah selama ratusan tahun untuk merdeka sama ada dari Siam-Ayuthayya, Portugis, Belanda, British,Jepun dan Komunis menerusi PKM oleh Melayu-Bumiputera sekadar bersifat sebagai pelengkap jalan cerita dengan kesudahannya ialah Malaysia merdeka menerusi gandingan rundingan melibatkan pemimpin-pemimpin Melayu-Cina-India dengan pihak British.

Secara dasarnya, Cina dibawa masuk ke Tanah Melayu oleh British untuk buruh murah bagi sektor perlombongan. Kemasukan mereka ke negara ini diuruskan oleh kongsi-kongsi gelap dan mereka perlu menjadi hamba yang titik peluh mereka disukat untuk membayar kembali tambang serta perbelanjaan makan minum sepanjang berada di negara ini. Walaupun di Tanah Melayu sudah ada masyarakat Cina yang datang lebih awal dan sudah pun berasimilasi dengan budaya tempatan, namun kelompok lebih besar yang datangnya dari Tanah Besar Tong San itu, kemudiannya menjadi lebih dominan. Selain daripada jumlah mereka yang lebih besar, kesusahan sama ada di tanah leluhur mahupun di negara baru, mengajar mereka untuk bersatu padu dan kemudian menggunakan segala peluang dengan sebaik-baiknya.

British bekerjasama rapat dengan kumpulan-kumpulan kongsi gelap dalam usaha mengekang sebarang aktiviti penentangan oleh masyarakat Melayu dan setempat. Raja-raja Melayu tidak sahaja diperas malahan sesetengahnya diancam sehingga mereka perlu menyerahkan sebahagian tanah kepada British atas alasan kemajuan, pembangunan dan perlombongan serta perladangan.

Ekonomi menjadi senjata terpenting untuk mengawal, menjajah dan mempengaruhi strata masyarakat. British menggunakan kaedah itu dengan meletakkan Cina pada kemuncak rantaian paling berkuasa. Dan semenjak itulah, Melayu-Bumiputera yang mengamalkan budaya bersederhana semenjak zaman berzaman terus terjajah.

Itu sejarahnya…


Persepsi bahawa SEMUA CINA menyokong DAP dan Pakatan Rakyat telah lama digendangkan oleh Pakatan Rakyat, terutama sekali PKR dan DAP. Dengan menjadikan Cina-Cina vernakular yang berfikiran totok, sempit dan sangat chauvinist, kelompok ini mendominasi dalam sebarang publisiti sehinggakan menjadikan mereka wakil kepada orang Cina.

PRU-13 telah menjadi bukti bahawa pergerakan Cina-Cina vernakular totok yang bersifat sangat agresif, mengulangi semula sejarah kemasukan Cina ke Tanah Melayu. Mereka memaksa sokongan kepada DAP dan Pakatan Rakyat ke atas Cina-Cina yang lain, khususnya ‘Cina-Cina Sekolah Kebangsaan’ yang pergaulan mereka lebih terbuka dan lebih menerima hakikat bahawa Cina sememangnya keturunan pendatang di Wilayah Melayu Nusantara. Sebarang tentangan kepada DAP dan Pakatan Rakyat akan dilayan sebagai penjenayah yang mana pemulauan, ancaman keselamatan serta penghinaan berterusan dibuat kepada golongan Cina-Cina Sekolah Kebangsaan.

Hasilnya, PRU-13 menunjukkan bagaimana DAP begitu berkuasa kerana laungan DAP ialah menyatukan semua Cina dan mengambilalih pentadbiran negara ini dan ‘membetulkan’ semula sistem yang terlalu berat sebelah kepada Melayu-Bumiputera.

Namun hampir setahun selepas PRU-13, sudah mula ada pergerakan Cina-Cina Sekolah Kebangsaan yang melakukan penentangan secara lebih berani. Lim Guan Eng dan DAP menjadi sasaran utama mereka. Beberapa pendedahan dan siri pembohongan Guan Eng telah dibaraikan. Pergerakan Cina-Cina Sekolah Kebangsaan ni sangat out-spoken, sekaligus membuatkan Guan Eng dan DAP terpinga-pinga kerana serangan dari dalam kelompok sendiri.

Serangan itulah yang membuatkan Guan Eng kelam-kabut dan terpaksa menimbulkan pelbagai isu untuk menunjukkan bahawa seluruh Cina di Malaysia masih bersama-sama Pakatan Rakyat. Pelbagai gelagat termasuklah menimbulkan kontroversi berkaitan JAIS, KALIMAH ALLAH, Bible Bahasa Melayu, penghapusan Enakmen 1988 di Selangor dan sebagainya terpaksa ditimbulkan bagi mengalihkan pandangan serta serangan berterusan daripada kumpulan Cina-Cina Sekolah Kebangsaan.

Guan Eng dapat melihat, hanya satu sahaja kaedah terbaik untuk dia dan DAP menyelamatkan diri daripada keadaan sekarang iaitu memastikan jurang dan persengketaan serta syak-wasangka antara Melayu-Cina semakin melebar. Cina perlu terus diCinakan dengan setotok-totoknya manakala Melayu pula perlu terus dijadikan lembu dan anjing bagi melancarkan kekuasaannya.

Yang paling penting, Guan Eng dan Pakatan Rakyat akan cuba memastikan Cina-Cina Sekolah Kebangsaan tersebut akan terus terpinggir, kurang diberikan perhatian dan akhirnya mati dibunuh oleh serangan mereka yang tidak bersahut.

Berita Berkaitan

Berita ‘Umno buat soal selidik kemungkinan bekerjasama dengan PKR, DAP’ nak tutup sisatan semula video semburit

Berita yang di petik dari 'sumber' kononnya tetapi tidak pernah diketahui sumbernya sebenarnya berniat...

Anwar janji lepas jawatan jika gagal tumbangkan PN, kata Pemuda PAN Bukit Bintang

Ketua Pemuda PAN Bukit Bintang, Sheikh Khuzaifah Bawazeer mendakwa Anwar Ibrahim berjanji akan melepaskan...

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...